UPSR: 30 September Tarikh Baharu Peperiksaan BI

Diterbitkan: Khamis, 11 September 2014 5:06 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 pada 30 September ini.

Lembaga Peperiksaan Malaysia menerusi kenyataan pada Khamis berkata, pembatalan kertas peperiksaan itu berikutan terdapat laporan kebocoran kertas peperiksaan subjek berkenaan.

Tarikh baharu jadual peperiksaan itu diadakan bersekali dengan subjek Sains 018, 028 dan 038 yang ditangguhkan atas alasan yang sama sebelum ini.

Kedua-dua peperiksaan subjek ini sepatutnya dijadual diadakan pada hari ini (Khamis).

"Dengan perkembangan terbaharu ini, Lembaga Peperiksaan akan membuat siasatan atas semua dakwaan kebocoran kertas peperiksaan. Ini adalah bagi memastikan kepercayaan umum terhadap kesahan dan kebolehpercayaan keputusan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan tidak terjejas.

"Lembaga Peperiksaan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenalpasti pihak yang bertanggung jawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan," demikian menurut kenyataan itu.

Berikut kenyataan penuh Lembaga Peperiksaan Malaysia:



iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan