Luham PAS Terengganu Pertahan Hadi

Diterbitkan: Khamis, 11 September 2014 2:45 PM

Hadi Awang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Terengganu pada Khamis menyatakan sokongan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu calon Menteri Besar Selangor.

Pengerusi Luham PAS Terengganu, Mohd Saifuddin Othman berkata, sebagai ketua yang bertanggungjawab melaksanakan pentadbiran, Hadi mempunyai kuasa untuk menentukan calon yang sesuai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan parti. 

"Kami juga berpendapat bahawa tindakan Majlis Syura Ulama yang membuat keputusan berkait dengan perlantikan Menteri Besar Selangor adalah selari dengan kuasanya yang diberikan di bawah fasal 8 (1) (b) atau fasal 88 (2) yang dirujuk sebelum ini.  

"Keputusan tersebut haruslah dihormati dan dipatuhi mengikut Perlembagaan PAS," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. 

Beliau bagaimanapun membantah kenyataan Luham PAS Pusat kerana tiada seorang pun wakil Luham PAS Terengganu dipanggil untuk menghadiri mesyuarat yang diadakan pada 8 September lalu. 

Justeru, Luham PAS Terengganu berpendapat kenyataan Luham PAS Pusat itu tidak mewakili semua anggota jawatankuasa di peringkat negeri. 

"Berhubung penafsiran undang-undang oleh Majlis Syura Ulama, kami berpendapat bahawa Luham PAS Pusat tidak diberikan kuasa oleh perlembagaan PAS untuk membuat tafsiran undang-undang berkenaan. 

"Islam adalah asas perjuangan PAS. Hukum tertinggi dalam pegangan PAS adalah al-Quran dan as-Sunnah serta ijma ulama dan qiyas. Bagi memastikan hala tuju PAS sentiasa berada pada landasan Islam, Majlis Syura Ulama ditubuhkan badan pemandu yang memandu muktamar agar sentiasa mengikut dasar Islam," katanya. 

Beliau berkata, dalam peruntukan perlembagaan PAS, Majlis Syura Ulama sebagai badan pemandu (supervisory body) kepada kesemua organisasi dalam PAS dan bukannya sebagai badan dirujuk (referral body). 

"Majlis Syura Ulama  di bawah peruntukkan 8 (1) (b) boleh mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan dalam PAS termasuk Jawatankuasa PAS pusat. 

"Badan ini juga berkuasa membuat sebarang keputusan atas perkara-perkara yang tidak diperuntukan dalam Perlembagaan ini dengan syarat keputusan tersebut tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS seperti yang termaktud dalam Perlembagaan ini dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar," ujarnya. 

Jelasnya, di bawah fasal 88 (1) tidak menghadkan kuasa Majlis Syura Ulama sebagai badan yang membuat keputusan apabila dirujuk semata-mata kerana peruntukan tersebut dan tidak boleh dibaca bersama dengan peruntukan 8 (1) sebelum ini. 

"Fasal 88 (1) menyebut : "Segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dan pendapat di atas tafsiran perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang dibuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam perlembagaan ini hendaklah dirujuk di dalam Majlis Syura Ulama dan sebarang keputusannya adalah muktamad, jika tidak diubah oleh Muktamar.

"Perlembagaan PAS.  Ini disebut di dalam kedua-dua fasal tersebut. Aturan dan Peraturan yang dibuat mengikut kuasa-kuasa Perlembagaan ini. Ini tidak disebut di dalam fasal 8 tetapi disebut di dalam fasal 88," katanya. 

Beliau berkata Luham PAS Terengganu berpendapat bahawa Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa untuk menafsirkan mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan PAS yang menimbulkan kesamaran sama ada setelah dirujuk atau tanpa dirujuk selari dengan tujuan penubuhannya sebagai penjaga dasar Islam dan Perlembagaan ini.

"Tiada badan lain dalam PAS yang diberikan kuasa untuk menghuraikan dasar, perlembagaan, aturan dan peraturan dalam PAS memandangkan rujukan utama bagi penafsiran tersebut haruslah bersandarkan kepada sumber hukum Islam iaitu al-Quran, as-Sunnah, ijma dan qiyas sebagaimana peruntukan fasal 7 (1) yang dirujuk sebelum ini. 

"Badan lain seperti Luham bolehlah dipanggil untuk memberi pendapat tetapi akhirnya hanya keputusan Majlis Syura Ulama sahaja yang mengikat parti mengikut Perlembagaan. 

"Kami juga berpendapat bahawa fasal 26 (1) (a) adalah bersifat umum dan memerlukan perincian bagi memastikan Presiden dapat memainkan peranannya sebagai Ketua pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS," katanya. 


Tags / Kata Kunci: LUHAM , Majlis Syura Ulama , PAS

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan