Krisis MB Selangor: Pemimpin PR Perlu Henti Tuding Jari - Dr Dzulkefly

Diterbitkan: Khamis, 11 September 2014 1:18 PM

Dr Dzulkefly Ahmad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Semua pihak perlu mengamalkan batasan berhubung krisis menteri besar di Selangor, kata Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

"Situasi ini tidak akan ke mana-mana. Semua pihak perlu henti menunding jari antara satu sama lain," kata Dr Dzulkefly.

"Saya berharap batasan dan kewajaran ini akan diamalkan," katanya kepada The Star Online .

Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, beliau lebih suka tidak mengulas mengenai perkara yang berlaku di dalam parti baru-baru ini dan berkata, beliau berharap semua pihak tidak menunding jari antara satu sama lain.

Ahli jawatankuasa PAS pusat, Nik Abduh Nik Aziz mendakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan PKR mengkhianati parti itu.

Nik Abduh berkata, PKR mengkhianati PAS apabila ia menerima akuan berkanun daripada dua wakil rakyat PAS dan cuba untuk menarik lagi 13 wakil rakyat PAS untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan menteri besar.

Beliau juga mengkritik Mohamad Sabu kerana gagal untuk menegakkan keputusan jawatankuasa pusat bagi menamakan dua calon dan menyokong penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu isterinya sebagai calon tunggal untuk jawatan menteri besar.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan