Kadar Biasiswa Pelajar Darul Quran Jakim Dijangka Naik Tahun Depan

Diterbitkan: Khamis, 11 September 2014 4:57 PM

Zawanah membentangkan kertas kerja tentang Pengalaman dan Pencapaian Darul Qur'an Sebagai Pengendali Pengajian Tahfiz semasa Persidangan Meja Bulat "Pertumbuhan Sekolah Aliran Tahfiz di Malaysia - Antara Aspirasi Murni dan Hakikat Sebenar di Lapangan di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kadar biasiswa bagi pelajar Darul Quran iaitu institusi pengajian tinggi tahfiz al-Quran kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dijangka dinaikkan tahun depan.


Pengarah Darul Quran Jakim, Zawanah Muhammad berkata, kadar sekarang ialah RM365 sebulan.

"Jika tiada halangan, awal tahun depan pelajar akan dapat menikmati kadar baharu," katanya kepada pemberita selepas persidangan meja bulat 'Pertumbuhan Sekolah Aliran Tahfiz di Malaysia: Antara Aspirasi Murni dan Hakikat Sebenar di Lapangan' di sini, Khamis.

Persidangan itu antara lain bertujuan menyorot perkembangan Sekolah Tahfiz di Malaysia selain mengenal pasti punca pertambahan sekolah itu dan sebab ia menjadi pilihan ramai ibu bapa kebelakangan ini.

Terdahulu ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Pengalaman dan Pencapaian Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sebagai Pengendali Pengajian Tahfiz', beliau berkata sejak 1969 hingga 2014, Darul Quran telah melahirkan 4,196 graduan Diploma Tahfiz al-Quran.

Zawanah juga berkata, dengan pengalaman yang ada, sudah tiba masanya Darul Quran dinaikkan taraf universiti al-Quran.

"Pengalaman Darul Quran Jakim selama lebih empat dekad membuktikan ia mampu menjadi hab pengajian tahfiz al-Quran pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata, sebagai institusi tahfiz pertama di negara ini, Darul Quran sedang merangka untuk menjadi sebuah badan akreditasi yang berkredibiliti.


Tags / Kata Kunci: Darul Quran , tahfiz , Jakim , biasiswa

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan