Abu Mayat Tiga Sekeluarga Mangsa MH17 Disemadikan Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 11 September 2014 3:37 PM

Tiga kendi berisi abu mayat mangsa MH17, mendiang Ng Shi Ing, 33, (tengah) anaknya Benjamin Lee Jian Han, 1, (kiri) dan adiknya Elisabeth Ng Lye Ti, 30, selamat bersemadi di Tokong Seu Teck Sean Tong di Muar, Khamis. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

MUAR: Abu mayat tiga sekeluarga mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 tiba di kampung halaman mereka di sini, disemadikan.

Abu mayat pensyarah Ng Shi Ing, 33, anak lelakinya yang berumur setahun, Benjamin Lee Jian Han, dan adik Shi Ing, Elisabeth Ng Lye Ti, 30, tiba di Seu Teck Sean Tong Funeral Parlour, di sini pada kira-kira 10.23 pagi dari Pusat Xiao En Bereavement, Cheras, Kuala Lumpur.

Mengiringi abu mayat berkenaan dari Kuala Lumpur ke sini ialah suami mendiang Shi Ing, Lt Komander Lee Vee Weng, pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di Kota Kinabalu, Sabah.

Suasana hiba menyelubungi pusat itu tatkala kira-kira 200 orang termasuk bapa mendiang, Ng Pae Soon, 67, ibu, Tan Ah Chin, 62, serta kaum keluarga dan kenalan menunggu ketibaan van yang membawa abu mayat berkenaan. 

Turut hadir beberapa wakil TLDM yang diketuai oleh Pengarah Komunikasi dan Korporat Bahagian Operasi, Markas TLDM, Kapten Chan Peng Cheong.

Tan, terpaksa dipapah anggota keluarga manakala Pae Soon, yang berkerusi roda, dilihat tidak dapat menahan kesedihan ketika melakukan upacara keagamaan Buddha sebelum abu mayat disemadikan.

Pae Soon, yang merupakan pesara pembantu perubatan ketika ditemui pemberita berkata, beliau lega kerana abu mayat kedua-dua anak perempuan dan cucu lelakinya selamat dibawa pulang dan disemadikan. 

"Saya gembira kerana mereka semua akhirnya dapat pulang ke 'rumah'," katanya.

Sementara itu, Vee Weng, yang kelihatan tenang sepanjang upacara terbabit pula meminta wakil media menghormati permintaannya untuk tidak ditemu bual.

Beliau yang tetap melayan media dengan mesra berharap pemberita memahami keadaan beliau sekeluarga yang masih bersedih dengan kejadian itu.

Shi Ing merupakan pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan Jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaysia Sabah menghadiri persidangan di University of Antwerp, Belgium untuk membentangkan kertas kerja sebelum berlepas pulang bersama-sama anak dan adik perempuannya itu dengan menaiki pesawat MH17.

Abu mayat Elisabeth tiba di tanah air pada 22 Ogos lepas dan disimpan di Pusat Xiao En Bereavement diikuti abu mayat Shi Ing  pada 24 Ogos dan abu mayat Benjamin Lee tiba dua hari lepas yang turut disimpan di pusat itu sebelum dibawa pulang ke Muar pada Khamis untuk disemadikan bersama-sama.

Penerbangan MH17 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam ketika ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia.

Setakat ini, sejumlah 35 jenazah mangsa MH17 telah dibawa pulang ke Malaysia.

Tags / Kata Kunci: MH17 , abu mayat

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan