Krisis Selangor: PKR Terus Berteka-Teki

Diterbitkan: Rabu, 10 September 2014 12:21 AM

Saifuddin Nasution Ismail

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih berteka-teki tentang tindakan selanjutnya selepas ingkar dan memohon maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sarafuddin Idris Shah.


Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun mengesahkan bahawa surat merafak sembah, memohon maaf telah dihantar oleh Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada Istana Selangor, Selasa.

"Presiden beritahu surat telah dihantar kepada istana siang tadi dan Presiden tandatangan.

"Istana cop dan sahkan terima (surat)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat mingguan Biro Politik di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.

Saifuddin adalah salah seorang pemimpin PKR yang hadir mesyuarat pada malam Selasa dan sedia memberi maklum balas terhadap pertanyaan wartawan.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah, timbalannya Mohamed Azmin Ali dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir, enggam memberikan sebarang komen mengenai kemelut Menteri Besar Selangor.

Ditanya lebih lanjut mengenai surat itu, Saifuddin bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui tentang kandungan surat tersebut.

"Saya pun tak tahu kandungan surat yang dihantar kepada Raja (Sultan Selangor)," jawabnya ringkas.

Katanya, mesyuarat malam Selasa juga tidak membincangkan secara khusus mengenai calon menteri besar.

Mengulas lanjut mengenai mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira tiga jam itu, beliau berkata, pimpinan parti membincangkan tentang jentera yang akan digerakkan di Pengkalan Kubor, program penerangan di Selangor dan wakil parti yang akan dihantar ke muktamar PAS.

Pada Selasa, DAP membuat permohonan maaf kepada Sultan Selangor kerana menghantar hanya satu nama calon menteri besar kepada istana bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyebabkan Sultan murka.

PKR kemudian mengikut jejak langkah DAP kerana turut ingkar perintah Sultan yang mahukan lebih daripada dua nama dihantar untuk dipertimbangkan menduduki kerusi menteri besar.


Tags / Kata Kunci: PKR , Datuk Saifuddin Nasution Ismail

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan