Pertanian Sebagai Kegiatan Kokurikulum Sekolah Menengah

Diterbitkan: Rabu, 10 September 2014 11:34 AM

Ismail Sabri
(Ubah saiz teks)

NILAI: Aktiviti pertanian integrasi akan dijadikan kegiatan kokurikulum di sekolah menengah, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ini kerana aktiviti pertanian di sekolah kini kurang diberi tumpuan dan sudah tiba masanya ia digalakkan.

"Penglibatan golongan muda dalam pertanian agak kurang yang dari segi statistik, hanya 15 peratus sahaja golongan muda yang terlibat dalam pertanian.

"Jadi kita perlu tanamkan minat bertani di kalangan orang muda melalui pelajar sekolah," katanya kepada pemberita pada majlis 'Malam Ramah Mesra' anjuran Cempaka International Ladies College (CILC), Bandar Enstek dekat ini malam Selasa.

Ismail Sabri berkata beliau akan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menjadikan pertanian sebagai kegiatan kokurikulum sekolah.

"Kita akan mulakan di sekolah menengah dan kita jangka akan lancarkannya tahun depan. Sebagai langkah awal kita akan dijadikan CILC sebagai sekolah perintis untuk kita laksanakan projek pertanian di sekolah.

"Caranya ialah melalui pertanian integrasi yang mana kita akan libatkan bukan sahaja dari segi pertanian tetapi juga perikanan dan sebagainya.

"Di sini (CILC) lengkap dengan tanah yang sesuai untuk pertanian, ada kolam ikan dan sebagainya. Jadi kita akan jadikan ini sebagai projek perintis sebelum diperluaskan di sekolah di seluruh negara," kata Ismail Sabri.


Tags / Kata Kunci: Pertanian

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan