Nik Abduh Label PKR, DAP Pengkhianat

Diterbitkan: Rabu, 10 September 2014 2:18 PM

Nik Abduh Nik Aziz.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Krisis dalaman Pakatan Rakyat (PR) semakin meruncing apabila Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz melabelkan rakan sekutu parti itu dalam PR iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebagai pengkhianat.

Anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata demikian menerusi status laman sosial Facebooknya pada lewat malam Selasa.

Dalam entrinya, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerangkan semula isu pengkhianat dalam PR yang dituju kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Pengkhianatan lebih awal bermula daripada 2 gerangan yang saling berkerja sama. Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.

"Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima pengkhianatan dua Adun PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.

"Sebagaimana dua Adun itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden (PAS), begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS," katanya.

(nota: dua Adun PAS yang dimaksudkan ialah Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib)

Nik Mohamad Abduh kemudian mendedahkan dua pilihan yang ada pada presiden PAS selepas dikhianati oleh ahli dan rakan sekutu dalam menentukan hala tuju parti berkenaan.

Beliau memberitahu, presiden mempunyai dua pilihan iaitu mengambil tindakan drastik dengan keluar daripada PR berikutan pengkhianatan berkenaan atau bersikap budiman serta memperbaiki keadaan.

Jelasnya, bagaimanapun dalam satu mesyuarat pada 17 ogos lalu, Abdul Hadi telah mengambil tindakan budiman serta mencadangkan dua nama termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor seperti yang dikehendaki PR.

Menurutnya, walaupun keputusan itu bercanggah dengan persetujuan Majlis Syura Ulama (MSU) untuk  mempertahankan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi Abdul Hadi berjaya meyakinkan MSU demi pakatan.

Bagaimanapun katanya, keputusan 'emas' itu hanya bertahan selama lima jam apabila mesyuarat pakatan yang tidak dihadiri Abdul Hadi memutuskan untuk mencadangkan satu nama sebagai menteri besar baharu iaitu Dr Wan Azizah.

Nik Mohamad Abduh berkata, berikutan itu 'badai' yang tenang kembali bergolak dan PAS dilabel sebagai parti u-turn selain presidennya dianggap lemah dalam membuat keputusan.

"Keadaan mendung tidak berakhir dengan hari yang kembali cerah, malah kilat dan petir mula bersambaran. Tiba-tiba isu SD (Akuan Bersumpah) timbul.

"13 Adun PAS diasak oleh PKR agar menandatangani SD menyokong WAWI (Wan Azizah Wan Ismail) sebagai menteri besar baru. Ia menimbulkan ketegangan dan kekeruhan yang bertambah di dalam dan di luar PAS," jelasnya.

Beliau menambah, apabila pihak Istana Selangor minta setiap parti menghantar lebih daripada dua nama untuk dicadangkan sebagai menteri besar, PR terus gagal untuk bersatu.

Malah katanya, kemelut dipanaskan dengan isu presiden PAS mengajak Azmin  belot terhadap partinya walaupun dinafikan.

Nik Mohamad Abduh kemudian mempersoalkan perkara berikut:

1) Adakah PKR melihat dan memuliakan sikap toleransi yang tinggi itu daripada presiden PAS? Tidak bukan?

2) Adakah anda melihat sebarang usaha pengenduran daripada PKR di dalam mengurangkan ketegangan dengan PAS? Tidak bukan?

3) Adakah tindakan budiman presiden PAS berjaya meredakan ketidakpuasan beberapa pemimpin PAS yang terus mengkritik beliau, malah terus memuja pengkhianatan 2 Adun itu? Tidak bukan?

4) Adakah dalam tempoh tu, DAP sebagai rakan PR berusaha memberi sedikit nafas kepada kestabilan PR? Tidak bukan?

5) Adakah situasi ini berjaya memikat pihak istana untuk menerima penyelesaian daripada dalaman PR? Tidak bukan?

"Jadi, siapakah yang memulakan pengkhianatan dan siapakah yang meneruskannya," soalnya.

Tags / Kata Kunci: Nik Abduh Nik Aziz , PAS , PKR , DAP

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan