LHDN Nafi Keluar Mesej Sekatan Perjalanan Keluar Negara Di Media Sosial

Diterbitkan: Rabu, 10 September 2014 7:50 AM

lhdn
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan mengeluarkan kenyataan mengenai sekatan perjalanan keluar negara yang tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, ia menegaskan bahawa mesej atau kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak pernah dikeluarkan oleh LHDN.

"Lembaga Hasil Dalam Negeri ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang mesej melalui media sosial yang tidak mempunyai sumber sahih dan kemudian menyebarkannya sebelum pengesahan dilakukan dengan pihak kami," katanya.

Sejak beberapa hari lalu, satu mesej yang didakwa daripada LHDN tersebar di media sosial mengenai sekatan perjalanan keluar negara.

Menurut mesej itu: “The Malaysian Tax Authority is going overboard by blacklisting people from travelling overseas with effect from 25 August 2014 at all entry/exit points throughout the country; even if your outstanding tax due is less than RM100 or if you have failed to submit your tax returns. (Pihak berkuasa cukai Malaysia bertindak drastik dengan menyenarai hitam mereka daripada keluar negara berkuat kuasa 25 Ogos 2014 di semua pintu masuk/keluar di seluruh negara, walaupun cukai anda hanya tertunggak kurang dari RM100 atau sekiranya anda gagal untuk menyerahkan pungutan cukai)."

Tambah mesej itu lagi: "If you intend to travel overseas including Sabah/Sarawak, please check below http://sspi2.imi.gov.my/. Type your IC number without space. It will save your time, frustration and embarassment. (Jika anda bercadang ke luar negara termasuk Sabah atau Sarawak. Sila rujuk di bawah http://sspi2.imi.gov.my/. Taip nombor kad pengenalan anda tanpa jarak. Ia akan menjimatkan masa dan mengelakkan daripada anda kecewa dan malu)."

LHDN berkata, ia hanya akan mengeluarkan dan menguatkuasakan sekatan perjalanan keluar negara sekiranya mendapati pembayar cukai masih gagal menjelaskan tunggakan Cukai Pendapatan atau Cukai Keuntungan Harta Tanah mereka walaupun proses pemungutan tunggakan cukai telah dilaksanakan. 

Menurut kenyataan LHDN, antara proses pemungutan yang dilakukan sebelum sebarang sekatan dikeluarkan dan dikuatkuasakan ke atas pembayar cukai adalah menerusi surat pemberitahuan kenaikan/penalti cukai lewat bayar di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan, notis tunggakan cukai, peringatan melalui panggilan telefon oleh Pusat Panggilan LHDNM dan surat pemberitahuan tindakan mahkamah.

"Sekatan perjalanan keluar negara hanya berkuat kuasa di pintu keluar antarabangsa sahaja. Ini bermaksud pembayar cukai yang dikenakan sekatan ini masih bebas mengatur perjalanan mereka dalam negara (domestik) antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak," katanya.

LHDN berkata pembayar cukai boleh membuat semakan terus status mengenai sekatan perjalanan keluar negara melalui laman web rasmi Jabatan Imigresen di pautan http://sspi2.imi.gov.my/.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan