Lagi Rakyat Malaysia Maut Di Syria

Diterbitkan: Rabu, 10 September 2014 11:53 PM

Mohammad Fadhlan Shahidi. Gambar diambil daripada Facebook.

(Ubah saiz teks)

KULIM: Ibu kepada Mohammad Fadlan Shahidi Mohammad Khir yang terkorban akibat serangan jet pejuang tentera di Syria yakin anaknya itu benar-benar serius dan ikhlas dalam perjuangannya.

Kerana itu, kata Fatimah Md Lazim, 55, beliau redha dengan apa yang berlaku terhadap anaknya itu.

"Kami tidak sangka sama sekali tragedi itu boleh menimpa dirinya tetapi kami yakin dan percaya dia ada keikhlasan untuk sama-sama berjuang bila berada di negara itu (Syria)," katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Kabu Mahang di sini, Rabu.

Fatimah, 55, berkata anaknya bertolak ke negara itu pada 14 Mei lalu.

"Dia ketika itu sekadar berhubung melalui telefon dengan berkata akan pergi ke Syria dan dia tidak memberi penjelasan lanjut," katanya.

Fatimah berkata dia tidak dapat menahan kehendak anaknya itu memandangkan usianya telah mencecah 21 tahun.

"Dia ada ilmu agama setelah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bukit Jelutong dan selepas itu menyambung pula di sebuah pondok di Kampung Ulu Bakai di sini," katanya.

Mohammad Fadlan Shahidi adalah anak kelima daripada lapan adik-beradik, empat lelaki dan empat perempuan.

Akhbar tempatan melaporkan turut cedera dalam pertempuran itu adalah lima lagi rakyat Malaysia iaitu Mohd Lofti Ariffin yang dikatakan parah dan masih tidak sedarkan diri.

Empat yang lain ialah seorang yang dikenali sebagai Abu Afghan dan tiga yang lain belum dikenal pasti.

Menurut akhbar itu, Mohammad Fadlan yang juga dikenali sebagai Abu Muhajir dan berasal dari Kulim, meninggal dunia ketika berada di kawasan kawalan mereka di Hama, Syria.

"Kawasan tersebut telah diserang oleh jet pejuang tentera Bashar Al-Assad dan kejadian terbaharu ini menjadikan Mohammad Fadlan sebagai rakyat Malaysia keempat terbunuh di Syria setakat ini," menurut sumber yang dipetik akhbar itu.
Tags / Kata Kunci: Mohammad Fadlan Shahidi , Jihad , Syria

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan