RON97: KPDNKK Pantau Harga Turun 10 Sen

Diterbitkan: Rabu, 10 September 2014 3:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melakukan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan semua stesen minyak menurunkan harga petrol RON97.


Penurunan harga jualan runcit petrol itu di seluruh negara sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.75 berkuat kuasa tengah malam Isnin.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, Kementerian Kewangan memaklumkan mengenai perkara itu kepada pihaknya menerusi pekeliling yang dikeluarkan lewat malam Isnin.

Sehubungan itu, KPDNKK mengarahkan semua stesen minyak di negara ini yang menjual petrol RON97 supaya menurunkan harga bahan api itu.

"Saya meminta semua stesen minyak yang menjual petrol RON97 supaya menurunkan harga. Pengusaha yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Harga RON97 yang sebelum ini adalah RM2.85 seliter.

Jelas Alias lagi, hanya sebahagian daripada 3,600 stesen minyak di seluruh negara yang menjual petrol RON97 di mana kebanyakannya tertumpu di kawasan bandar.

Terdahulu, berita mengenai penurunan harga bahan api disahkan oleh Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Tags / Kata Kunci: RON97 , KPDNKK , Datuk Seri Alias Ahmad

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan