Krisis MB: Khalid 'Tutup Mulut'

Diterbitkan: Rabu, 10 September 2014 2:32 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM:  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil langkah selamat dengan tidak memberikan sebarang kenyataan berbuhung calon penggantinya yang telah dicadangkan oleh parti-parti Pakatan Rakyat.

Abdul Khalid berkata, tindakan itu kerana beliau telah dinasihatkan supaya tidak memberikan sebarang kenyataan kerana ia dibimbangi akan mengelirukan rakyat.

"Kita dinasihati supaya beri ruang dan usaha Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah) melalui pejabat istana negeri melaksanakan perkara ini dengan tertib dan teratur.

"Jadi saya rasa kebijaksanaan dan kesabaran tuanku patut diberi kepercayaan dan saya harap perkara ini dapat selesai dengan baik. Utamakan kepentingan Selangor," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Idris Shah pada Rabu.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, kepercayaan penuh diberikan terhadap kebijaksanaan sultan untuk membuat keputusan dalam menentukan calon yang layak dilantik menteri besar Selangor.

"Itu keputusan Sultan Selangor. Saya telah menghadap sembah tuanku dan saya memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada keputusan baginda. Saya pernah beri surat untuk letak jawatan bagi membenarkan proses pemilihan ini dilakukan dengan betul.

"Bagaimanapun baginda minta saya tarik balik surat tersebut sehingga keputusan dibuat," katanya.

Ditanya sama ada beliau tahu mengenai spekulasi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, Iskandar Samad akan mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor Jumaat ini, Khalid berkata: "Takde komen.. semua ini kalau apa pun dilakukan, mengikut beberapa proses-proses tertentu."

"Pada kebiasaannya di Selangor ada jemputan bertulis dari istana negeri untuk jemput orang-orang hadir.

"Yang dijemput saksikan upacara tersebut akan diberi masa, tak perlu spekulasi," katanya. 



iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan