BN Pertaruh Pengasas Sekolah Pondok Di Pengkalan Kubor - Berita Semasa | mStar

BN Pertaruh Pengasas Sekolah Pondok Di Pengkalan Kubor

Diterbitkan: Rabu, 10 September 2014 5:37 PM

Mat Razi Mat Ail

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan pengasas sekolah pondok, Mat Razi Mat Ail sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Pengumuman Mat Razi, 49, sebagai calon parti itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi BN PRK Pengkalan Kubor.

Mat Razi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mat Razi dikalangan masyarakat tempatan merupakan bekas Penolong Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat bahagian Pengurusan Sekolah.

Beliau juga merupakan AJK Umno Bahagian Tumpat sejak 2009.

Mat Razi mengasaskan sebuah sekolah pondok di Kampung Sampingan sejak 2012.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 September.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan