Tiada Maklumat Untuk Sahkan Penglibatan Sekeluarga Dari Malaysia Dalam Isis

Diterbitkan: Selasa, 9 September 2014 5:24 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada maklumat jelas bagi mengesahkan dakwaan terdapat empat sekeluarga rakyat Malaysia berperang di Timur Tengah untuk pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini kerana mereka yang dipercayai terbabit dengan Isis tidak melakukan perjalanan terus ke Syria tetapi melakukan transit di negara ketiga menyebabkan perjalanan mereka ke Syria sukar dikesan.

"Tetapi melalui beberapa sumber risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kita terus kemas kini dan kumpul maklumat data keberadaan rakyat Malaysia di sana," katanya dalam sidang media selepas menghadiri ceramah majlis jamuan tengah hari Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) di sini Selasa.

Sebuah portal berita melaporkan keluarga tersebut yang terdiri daripada ibu bapa, anak perempuan berusia 18 tahun dan anak lelaki berusia 14 tahun merupakan keluarga Malaysia pertama dipercayai menyertai Isis bersama 30 rakyat Malaysia yang lain.

Suami dan anak lelaki keluarga itu berperang bersama-sama ekstrimis sementara si isteri dipercayai menjadi tukang masak kepada militan Isis manakala masih belum dapat dipastikan apakah peranan yang dimainkan anak perempuan berusia 18 tahun itu.

Ahmad Zahid berkata melalui kerjasama dengan Interpol juga, PDRM telah memeriksa senarai suspek terutama mereka yang terlibat dengan kegiatan pengganas.

Dalam masa yang sama Ahmad Zahid juga menegaskan melalui pemantauan PDRM, tiada lokasi latihan untuk merekrut pengganas di negara ini, seperti yang didakwa sebelum ini.

Sementara itu, sebanyak 252 individu dari 18 negara yang menyertai pelbagai kumpulan militan termasuk Al-Qaeda, Jemaah Islamiah, Darul Islam, Liberation Tiger of Tamil Eelam dan lain-lain kumpulan pengganas telah ditangkap di negara ini sejak Disember 2001. 

Malaysia mencatatkan jumlah tertinggi individu yang terbabit iaitu 128 orang, diikuti Indonesia (33); China (19); Singapura (17); Filipina (14); Sri Lanka (12); Yemen dan India masing-masing lima; Syria dan Pakistan masing-masing empat; Nigeria, Arab Saudi dan Iran masing-masing dua serta Jordan, Australia, Algeria, Turki dan Somalia masing-masing satu tangkapan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan