Bertafakur Mengingati MH370, MH17 Dan Sambutan Kemerdekaan

Diterbitkan: Selasa, 9 September 2014 10:02 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Rakyat Malaysia dan tetamu kenamaan yang menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-57 di New Delhi, India di sini, berdoa dan bertafakur sejenak bagi memperingati mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 dan MH370.

Rakyat Malaysia juga mengenakan pakaian berwarna suram sebagai tanda hormat.

Menteri Hal Ehwal Luar India V.K Singh merasmikan majlis itu yang dihoskan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India Datuk Naimun Ashakli Mohammad.

Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel dan Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P. Kamalanathan yang berada di sini sempena rangka lawatan rasmi.

Sebanyak 350 orang menghadiri majlis itu yang diadakan semalam.


Tags / Kata Kunci: MH370 , MH17

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan