MH17: Sebulan Berpisah, Jenazah Anak Kecil Disemadi Bersama Ibu

Diterbitkan: Selasa, 9 September 2014 11:21 AM

Anggota tentera istiadat mengangkat keranda kanak-kanak berusia setahun, Benjamin sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA, Sepang pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Setelah terpisah hampir dua bulan, jenazah anak kecil berusia setahun, Benjamin Lee Jian Han, akhirnya disatukan bersama mendiang ibunya Ng Shi Ing, yang turut terkorban dalam insiden pesawat Malaysia Airlines MH17.

Jenazah Benjamin tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 8.28 pagi Selasa, bersama jenazah Tambi Jiee, 49, kakitangan Shell yang bertugas di Khazakhstan sejak tiga tahun lepas.

Sebaik keranda yang menempatkan abu anak kecil itu dibawa turun dari pesawat untuk dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah, waris keluarga yang ditempatkan di khemah khas, kelihatan mengesat air mata dan saling berpelukan.

Kenderaan jenazah kemudian beredar dari perkarangan Kompleks Bunga Raya diiringi pandangan sayu serta linangan air mata waris mangsa.

Jenazah Benjamin dibawa menuju ke Pusat Xiao En Bereavement di Cheras untuk diletakkan bersama-sama abu mendiang Shi Ing, 33, serta adik perempuan Shi Ing, Elisabeth Ng Lyeti, 30.

Kanak-kanak malang itu terkorban dalam perjalanan pulang selepas menemani ibunya, seorang pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan Jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Universiti Malaysia Sabah, menghadiri persidangan di University of Antwerp, Belgium.

Insiden itu turut mengorbankan ibu saudaranya Elisabeth.

Meskipun masih diulit kesedihan, pastinya bagi bapa anak kecil itu Lt Komander Lee Vee Weng, pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia, ketibaan jenazah anak tunggalnya itu memberi suatu kelegaan.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. 


Tags / Kata Kunci: MH17 , Ukraine

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan