UPSR: Hadiah Lembu Jika Lebih 15 Pelajar Catat 5A

Diterbitkan: Selasa, 9 September 2014 5:28 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Hadiah seekor lembu untuk dibuat kenduri menanti mana-mana sekolah di Hulu Besut yang lebih 15 pelajarnya mencatat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).


Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata, hadiah itu sebagai insentif kepada pihak sekolah bagi melahirkan murid yang bersungguh-sungguh dalam menduduki UPSR bermula Selasa.

"Mana-mana sekolah yang mampu mencapai lebih 15 orang memperoleh keputusan 5A boleh mendapatkan hadiah tersebut daripada saya sebaik sahaja keputusan dikeluarkan sebelum cuti akhir tahun nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pelajar tahun enam dan guru Sekolah Kebangsaan Alor Keladi dalam satu perhimpunan sebelum pelajar berkenaan memasuki dewan peperiksaan Selasa.

Sejumlah 3,171 calon daripada 55 sekolah di daerah Besut menduduki UPSR kali ini.



Tags / Kata Kunci: lembu , UPSR , Hulu Besut

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan