Krisis MB: Kem Ulama Tolak Azizah, JPP Bersendirian

Diterbitkan: Isnin, 8 September 2014 10:44 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jawatankuasa PAS Pusat bersendirian dalam menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu apabila Dewan Ulamak dan Majlis Syura menolak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang terbabit  untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada Ahad, Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat selama lima jam dengan dipengerusikan oleh Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu memutuskan untuk menolak jawatan menteri besar Selangor jika diberikan kepada parti itu.

Jawatankuasa itu telah bersetuju untuk kekal dengan keputusan yang dibuat pada 17 Ogos bahawa mereka hanya mencalonkan Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Pada 3 September lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor telah menghantar tiga nama calon menteri besar baharu termasuk seorang daripada parti itu kepada Istana Selangor.

Pemangku Ketua Dewan Ulama, Datuk Ahmad Yakob memberitahu, mengikut fasal 26 (1) perlembagaan parti itu, presiden mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan muktamad.

"Presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan bahawa presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.

"Menjadi kewajipan ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m)," kata Majlis Syura Ulama.




Tags / Kata Kunci: Selangor

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan