Pemuda Pakatan Rakyat Desak Pimpinan Tertinggi Selesaikan Kemelut MB

Diterbitkan: Isnin, 8 September 2014 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Pemuda Pakatan Rakyat mendesak kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS supaya bermuafakat dalam membincangkan kemelut menteri besar Selangor yang semakin meruncing.

Ketua pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, penyelesaian segera perlu diambil kerana kelewatan dalam menyelesaikan krisis tersebut hanya akan memberi kesan negatif terhadap sokongan rakyat terutamanya golongan muda di negeri tersebut.

"Kesan paling jelas... semakin hari kelewatan itu akan mengurangkan jumlah sokongan dan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

"Jadi sebagai anak muda yang akan mewarisi kepimpinan negara ini, kami mahu kemelut ini diselesaikan segera," katanya dalam satu sidang media bersama pemuda daripada ketiga-tiga parti itu di sini, Isnin.

Turut hadir Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Dapsy, Teo Kok Seong.

Suhaizan menambah, kemelut tersebut boleh diselesaikan sekiranya terdapat permuafakatan di kalangan kepimpinan tertinggi dalam Pakatan Rakyat.

Justeru, katanya Pemuda Pakatan Rakyat akan mengadakan satu pertemuan secara berasingan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) , Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kiat Siang dalam masa terdekat.

"Ini adalah satu inisiatif kita untuk menyampaikan hasrat anak muda yang mahu kemelut yang berlaku sejak akhir-akhir ini diselesaikan segera," katanya.

Ketika ditanya apakah pendirian Pemuda PAS berhubung tindakan presidennya, Suhaizan enggan mengulas perkara itu.

Sebaliknya Suhaizan berkata,  beliau masih percaya ada jalan penyelesaian bersama pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

"Kami serahkan kebijaksanaan pimpinan utama parti, kami percaya sekiranya ada permuafakatan, isu ini mampu selesai dengan baik. Oleh itu kita mendesak agar pertemuan dan muafakat itu dilakukan  segera," katanya.

Suhaizan turut berpendapat bahawa pimpinan tertinggi pakatan mempunyai ruang untuk berbincang dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memutuskan siapa calon terbaik untuk memimpin negeri itu.

"Kita akan rujuk parti masing-masing selepas tawaran yang dibuat Tuanku Sultan. Keputusannya masih boleh dibincang  kerana Baginda lebih maklum masalah di Selangor, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian Pemuda PAS sekiranya Sultan Sharafuddin memilih wakil daripada PAS sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Menurutnya, Pemuda PAS menganggap kemelut di Selangor sebagai perkara yang positif kerana situasi itu merupakan proses kematangan untuk Pakatan Rakyat.

Dalam perkembangan berasingan, Pemuda Pakatan Rakyat akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 11 September ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu tahanan beberapa pemimpin parti itu dibawah Akta Hasutan.

Katanya, langkah itu sebagai pemulaan kepada kempen Pemuda Pakatan Rakyat untuk memastikan akta itu dimansuhkan segera seperti yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan