Krisis MB: 'Cukup la...' - Teguran PAS Selangor Kepada PKR, DAP

Diterbitkan: Isnin, 8 September 2014 1:36 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS Selangor menegur kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang berterusan menentang titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung konflik berpanjangan membabitkan kedudukan menteri besar.

Justeru Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyeru kedua-dua sekutu Pakatan Rakyat itu supaya akur dengan titah Sultan Selangor yang mahu supaya dikemukakan lebih daripada dua calon untuk dilantik ke jawatan berkenaan.

"PAS Selangor mohon rakan-rakan kita agar akur kepada titah tuanku sultan kerana kita tidak akan kemana-mana apabila menentang institusi raja.

"Cukup la... (berikan sahaja tiga nama) mari kita fikir pula masalah kebajikan rakyat yang dah lama tergendala," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kemurkaan Sultan Sharafuddin terhadap PKR dan DAP yang mengingkari titah baginda apabila hanya mengemukakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal jawatan menteri besar Selangor.

Menurusi kenyataan media oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada Isnin, PAS merupakan satu-satunya parti yang mematuhi titah Sultan Sharafuddin apabila mempersembahkan tiga nama seperti yang dititahkan baginda menerusi surat bertarikh 27 Ogos lalu.

Mengulas lanjut Mohd Khairuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras berharap krisis membabitkan penukaran menteri besar dapat diselesaikan segera demi kepentingan rakyat.

"PAS Selangor ingin menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kemurkaan Baginda Tuanku Sultan Selangor atas kejadian yang berlaku.

"Kita yakin kemelut ini boleh diselesaikan dan kita harap ia diselesaikan segera. Lagi lama kemelut ini berlaku.. maka lagi susah rakyat kita," katanya.


Tags / Kata Kunci: PAS , DAP , PKR

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan