Kritik Presiden PAS, Nik Nazmi Membisu

Diterbitkan: Isnin, 8 September 2014 5:44 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Meskipun diasak wartawan dengan soalan berhubung pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kemelut menteri besar Selangor, Ketua Angkata Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad tetap 'membisu' tanpa sebarang komen.

Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia berkata, krisis politik di negeri itu harus diselesaikan menerusi permuafakatan bersama antara pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Kita dah dapat mandat lebih dua pertiga dan berjanji kepada rakyat ketika bersama-sama dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, jika tak dapat ditunaikan pasti mengecewakan rakyat," katanya pada sidang media bersama Pemuda Pakatan Rakyat di sini, Isnin.

Ketika ditanya adakah kemelut yang berlaku di Selangor berpunca daripada 'Langkah Kajang', Nik Nazmi berkata, isu tersebut tidak timbul.

"Bagi saya tak ada isu di sini. Sejak perbincangan di peringkat Pemuda Pakatan Rakyat, kita jelas ingin terus bergerak ke hadapan mengenai apa yang telah diputuskan," katanya.

Menurut beliau, adalah lebih baik untuk pemimpin parti berfikiran ke hadapan mengenai isu ini dan bukannya membangkitkan isu lama.

Dalam perkembangan lain, Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor turut enggan mengulas lanjut mengenai titah Sultan Selangor yang murka mengenai tindakan PKR dan DAP hanya mengemukakan seorang sahaja calon untuk jawatan menteri besar Selangor.


Tags / Kata Kunci: AMK , PKR , PAS

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan