Insiden MH17, MH370 Mewajarkan Rakyat Miliki Kerangka Minda Global - Najib

Diterbitkan: Isnin, 8 September 2014 11:00 AM

Najib Tun Razak ketika menyampaikan amanatnya kepada penjawat awam sempena Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Isnin. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Menteri di JPM dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa (dua, kiri).

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat pengajaran yang dapat diambil daripada insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan MH17 yang terhempas di Ukraine, mewajarkan rakyat Malaysia untuk memiliki kerangka minda global tanpa menghakis asas jati diri. 

Beliau berkata apabila dua tragedi itu menimpa negara, ia memberi pengajaran bahawa dunia kini berada dalam situasi saling berhubungan dalam pelbagai arah dan saling bergantungan.

Ini bererti sama ada anggota pentadbiran, pegawai kerajaan mahupun pelajar institusi pengajian perlu membangunkan satu sistem dan satu budaya yang boleh memupuk kerangka minda global untuk berjaya, katanya.

"Kita hanya akan berjaya jika ada kerangka minda global. Semua ini, agensi-agensi, badan-badan kita lihat seperti Tabung Haji mesti ada kerangka minda global, begitu juga seperti Felda.

"Kita semua mesti ada, untuk apa? Untuk mengangkat maruah martabat kita ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana pada Isnin Najib menegaskan meskipun memiliki kerangka minda global, ia tidak beerti tidak perlu berpegang kepada asas jati diri.

"Kita sebagai orang Melayu tentu sekali agama Islam budaya kita, itu teras kita tetapi minda kita mesti berkemampuan bertindak dalam suasana yang lebih global," katanya.

Najib berkata siapa dapat membayangkan bahawa konflik di satu sudut dunia yang tidak ada kena mengena dengan Malaysia sama sekali boleh membawa kesan kepada negara kita.

"Kita semua ada kena mengena, tak dapat elak...kalau harga getah jatuh, kerana apa, kerana ekonomi di China perlahan dari segi (pertumbuhan) ekonominya maka kesannya harga getah kita jatuh.

"Kalau kita nak tolong mangsa (MH17), saya sendiri pun tak dapat bayangkan bila biasanya saya berunding dengan ketua kerajaan, belum pernah dalam sejarah saya berunding dengan ketua pemberontak tapi saya terpaksa lakukan demi kepentingan negara," katanya.

Menyentuh pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mewajibkan Bahasa Inggeris sebagai subjek lulus di peringkat pengajian tinggi, Najib berkata ini merupakan langkah ke arah mensiapsiagakan rakyat Malaysia supaya kita lebih kompetitif dan berdaya maju.

"Dengan cara seperti ini insya-Allah, Malaysia akan lebih berjaya lagi,"katanya.

Tags / Kata Kunci: Mh17 , Mh370 , Datuk Seri Najib Tun Razak

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan