Mahasiswa UM Boikot Kelas, Sokong Azmi Sharom

Diterbitkan: Isnin, 8 September 2014 6:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengumumkan hasrat untuk tidak menghadiri kelas pada Rabu ini bagi menyertai perhimpunan aman menyokong penyarah undang-undang, Prof Madya Dr Azmi Sharom yang didakwa di bawah Akta Hasutan.

Kumpulan yang dikenali sebagai Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) turut menggesa semua mahasiswa universiti itu supaya menghadiri perhimpunan dan perarakan aman itu sebagai tanda prostes.

Ketuanya, Fahmi Zainol, 23, berkata, penglibatan mahasiswa perlu bagi menghantar mesej yang kuat bahawa mereka menentang sebarang ketidakadilan terhadap kebebasan akademik.

"Kami akan berkumpul di pada tengah hari di kawasan lapang di bawah matahari panas dan meminta anda untuk mengorbankan keselesaan anda untuk Azmi, " katanya pada sidang akhbar di hadapan Dewan Tunku Canselor Tunku pada Isnin.

Perhimpunan itu dianjurkan bersama dengan Kesatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM) Rabu ini pada pukul 1 tengah hari hingga 4.30 petang dan diikuti dengan siri ceramah ringkas oleh beberapa ahli akademik.

Pada 2 September lalu, Azmi mengaku tidak bersalah selepas didakwa di bawah Akta Hasutan berhubung komen di sebuah portal berita mengenai krisis Perak pada 2009.

Azmi, yang juga kolumnis The Star, didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Bagaimanapun dia dilepaskan dengan ikat jamin RM5,000 manakala mahkamah menetapkan perbicaraan pada 3 Oktober depan.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan