Usah Terpengaruh Draf Majlis Peguam Sebagai Ganti Akta Hasutan - Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 7 September 2014 12:49 PM

Muhyiddin menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Batu di sini, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, draf undang-undang untuk menggantikan Akta Hasutan yang dikemukakan oleh Majlis Peguam bukannya draf kerajaan.

Menegaskan perkara itu pada Ahad, Muhyiddin menasihatkan rakyat agar tidak terkeliru atau terpengaruh dengan cadangan yang dikemukakan itu kerana ia bukan draf undang-undang yang dimuktamadkan oleh kerajaan.

"Draf undang-undang kerajaan hanya dibuat oleh Jabatan Peguam Negara berpandu pandangan kabinet selepas mengambil kira pandangan semua pihak.

"Buat masa ini belum ada sebarang keputusan muktamad daripada kerajaan sama ada untuk menghapuskan akta itu dan diganti dengan akta baharu atau meminda akta sedia ada," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Batu.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Perkara itu menjadi isu selepas Majlis Peguam kononnya telah menyiapkan draf rang undang-undang untuk menggantikan Akta Hasutan dan telah diserahkan kepada Menteri di Pejabat Perdana Menteri Nancy Shukri.

Menjelas lanjut, Muhyiddin berkata beliau belum membaca draf undang-undang yang dikemukakan Majlis Peguam, namun menyifatkan kerajaan terbuka menerima cadangan daripada semua pihak.

"Kerajaan terbuka dan akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pandangan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan badan-badan bukan kerajaan lainnya, tetapi yang penting ialah untuk memastikan undang-undang yang dimuktamadkan nanti mestilah lebih berkesan daripada yang sedia ada.

"Sekarang ini rakyat mungkin terpengaruh dengan cadangan yang dikemukakan oleh Majlis Peguam itu sehingga menolak cadangan untuk menghapuskan akta ini. Tapi nasihat saya, tunggu dulu sehingga draf kerajaan siap...," katanya. 



iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan