PRK Pengkalan Kubor: PKR Kelantan Setuju PAS Tanding

Diterbitkan: Ahad, 7 September 2014 5:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan bersetuju memberikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor kepada PAS untuk ditandingi dalam pilihan raya kecil (PRK) 25 September ini.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, perkara itu bagaimanapun belum diputuskan oleh pimpinan tertinggi PKR dan Pakatan Rakyat.

"PAS dan PKR Kelantan pada dasarnya telah membuat pertimbangan, walaupun kerusi DUN Pengkalan Kubor dulu ditandingi PKR tetapi mereka bersedia ia ditandingi oleh PAS.

"Bagaimanapun ia tertakluk kepada keputusan pimpinan tertinggi PKR dan Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Ahad.

Mustafa berkata, pimpinan PAS Pusat akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi PKR dan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara ini.

"Kita akan bertemu dalam masa terdekat untuk menimbang dan memutuskan perkara ini," katanya.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor menjadi kontroversi dalam Pakatan Rakyat apabila terdapat gesaan daripada PAS yang mahu kerusi milik PKR itu ditandingi parti itu dalam PRK akhir bulan ini.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar daripada Barisan Nasional (BN) meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu.

Noor Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian Tumpat mempertahankan kerusi DUN Pangkalan Kubor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu dengan majoriti 1,736 undi.

Beliau yang memperoleh 10,174 undi menewaskan dua lagi lawannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim yang mendapat 8,438 undi serta seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi.

Tags / Kata Kunci: Pengkalan Kubor , PKR , PAS

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan