PAS Tidak Akan Tuntut Jawatan MB Selangor

Diterbitkan: Ahad, 7 September 2014 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Kepemimpinan PAS Pusat pada Ahad menegaskan parti itu tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan itu kekal dan sama dengan keputusan yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa PAS Pusat yang dibuat sebelum ini.

"PAS Pusat hari ini (Ahad) mengekalkan keputusan yang pernah dibuat sebelum ini bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar di Selangor.

"Kita setuju bahawa jawatan menteri besar itu adalah slot untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya selepas mengadakan mesyuarat bulanan parti di Ibu Pejabat PAS, di sini, Ahad.

Menurut Mustafa tidak timbul isu tentang calon di kalangan wakil rakyat PAS dengan ketetapan terbaharu yang dibuat ini.

"Nama (calon) tak apa...Tuanku cuma minta cadangan.

"Nama tak jadi persoalan," katanya ringkas.

Ditanya sekiranya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melantik menteri besar daripada Adun PAS beliau berkata, perkara itu hanyalah andaian.

"Kita tak mahu buat andaian apa yang Tuanku buat keputusan...tak manis," katanya.

Beliau menambah, keputusan yang telah dibuat itu sebagai 'difahami semua'.

"Bagi kita di peringkat Pusat, sebagaimana yang kita sebut jawatan Menter Besar Selangor, PAS tak tuntut dan itu difahami semua," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui selepas sidang media berkata, parti itu akan menolak sekiranya Adun PAS dilantik sebagai menteri besar Selangor.

"Kita tolaklah," jawabnya ringkas.

Sultan Selangor sebelum ini menitahkan supaya PAS, PKR dan DAP mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar sebelum 3 September bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meletak jawatan.

Sultan Selangor bagaimanapun menangguhkan peletakan jawatan tersebut sehingga menteri besar baharu dilantik.

Tags / Kata Kunci: PAS , Datuk Mustafa Ali , Selangor

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan