PPS: 51 NGO Desak Polis Tahan Guan Eng

Diterbitkan: Ahad, 7 September 2014 8:32 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sejumlah 51 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selaku individu yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Wakilnya Ahmad Yaqub Nazri berkata Ketua Menteri wajar diambil tindakan kerana beliau juga sudah beberapa kali mengeluarkan ucapan berunsur provokasi mengecam PDRM termasuk mencabar supaya beliau ditahan.

"Ketua Menteri sepatutnya ditahan kerana beliau terlibat secara langsung dalam merancang pergerakan dan hala tuju PPS serta meluluskan peruntukan khusus untuk pasukan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berhubung desakan itu kepada Pegawai Pentadbiran Jenayah Insp Sarimah Osman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, Ahad.

Ahmad Yaqub yang juga Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri berkata memorandum itu turut mengandungi sokongan terhadap pengekalan Akta Hasutan dan meminta Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan.

Antara NGO berkenaan ialah Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta) negeri, Persatuan Wira Bersatu (Perwira) negeri, Persatuan Sejarah dan Peradaban Melayu Pulau Pinang, Persatuan Beca Pulau Pinang, Persatuan Pesara Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Persatuan Penduduk Kampung Dodol.

Pada 31 Ogos lepas, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan