MH17: Laluan Selamat Ke Lokasi Nahas Jadi Kebimbangan - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 7 September 2014 11:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laluan selamat untuk pasukan keselamatan negara ke lokasi nahas Penerbangan MH17 di wilayah Donetsk, timur Ukraine, masih menjadi kebimbangan besar walaupun gencatan senjata telah diumumkan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pemergiannya ke Kiev malam ini untuk memastikan keselamatan pasukan negara di lokasi nahas bukan suatu tugas yang mudah.

"Alhamdulillah gencatan senjata telah diwujudkan tetapi yang menimbulkan kebimbangan ialah sama ada kita boleh sampai ke lokasi nahas, menjamin laluan selamat kepada anggota-anggota pasukan penyiasat kita.

"Sama ada kita boleh mendapatkan penyertaan negara lain seperti Belanda dan Australia untuk menyertai pasukan...itulah yang saya akan usahakan apabila saya ke Ukraine," kata beliau pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Segambut di sini, Ahad.

Gencatan senjata antara pasukan kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro Rusia dicapai pada Jumaat lepas susulan perjanjian yang dimeterai di Minsk, Belarus.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pesawat malang Boeing 777-200 itu dipercayai telah ditembak jatuh di wilayah berkenaan. Daripada jumlah itu, 43 orang ialah warga Malaysia.

Tujuh lagi rakyat Malaysia yang menjadi korban tragedi MH17 dibawa pulang Selasa lepas, menjadikan jumlahnya 31.

Mengenai kes bekas pembantu staf pertahanan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand, Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail, beliau berkata ketika ini Malaysia sedang bekerjasama dengan pihak New Zealand.

"Kita bekerjasama rapat dengan New Zealand tetapi seperti apa yang telah saya nyatakan, apa yang kita mahu ialah menegakkan keadilan...keadilan kepada orang yang membuat dakwaan tetapi pada masa yang sama keadilan kepada yang tertuduh," katanya.

Muhammad Rizalman, 38, ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lepas dan dihadapkan di mahkamah pada hari berikutnya bagi menghadapi tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita berumur 21 dengan niat untuk merogol.
Tags / Kata Kunci: MAS , MH17 , Hishammuddin Tun Hussein

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan