Kos Penjagaan Kesihatan Meningkat Jika Rakyat Tak Amal Gaya Hidup Sihat

Diterbitkan: Ahad, 7 September 2014 3:02 PM

Khairy bersenam ketika majlis pelancaran FitMalaysia di Dataran Merdeka, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Negara terpaksa berbelanja lebih untuk penjagaan dan rawatan kesihatan jika rakyatnya tidak bersukan atau tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Khairy Jamaluddin berkata, perbelanjaan kementeriannya untuk menganjurkan FitMalaysia dan program kecergasan lain adalah rendah jika dibandingkan dengan risiko kesihatan yang mungkin ditanggung pada masa depan.

"Apa yang dibelanjakan KBS untuk FitMalaysia dan sukan boleh dianggap sedikit berbanding apa yang akan mungkin perlu dibelanjakan di kemudian hari untuk merawat pesakit yang menghidap penyakit seperti diabetis, obesiti dan sebagainya.

"(Kos) penjagaan kesihatan kita akan meningkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan FitMalaysia peringkat kebangsaan di Dataran Merdeka di sini, Ahad.



Menurut Khairy, berdasarkan Kajian Penglibatan Belia dan Masyarakat Dalam Sukan 2009, tahap budaya sukan di kalangan rakyat Malaysia masih rendah iaitu sekitar 30 peratus berbanding negara maju.

Katanya, beliau yakin peratusan tersebut boleh ditingkatkan dalam jangka masa sederhana jika gerakan dan gelombang MalaysiaFit dijalankan secara konsisten dan mendapat sokongan semua pihak, khususnya rakyat Malaysia.

"Untuk kita ubah budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia akan mengambil masa...dalam tempoh satu tahun tak akan ada peningkatan mendadak.

"Tapi jika ia konsisten, dalam masa empat atau lima tahun akan datang saya yakin akan ada perubahan, mungkin lebih dari 50 peratus," katanya.

Ketua Pemuda Umno berkata, program sukan, terutamanya FitMalaysia bukan melibatkan sukan dan negara bersukan semata-mata tetapi juga melibatkan kesihatan rakyat Malaysia.

Justeru beliau mahu penganjuran FitMalaysia mendapat kerjasama kementerian lain, khususnya Kementerian Kesihatan yang turut berkerjasama dalam penganjuran FitMalaysia kali ini.

"FitMalaysia akan mempunyai kemuncaknya yang mana ia akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak nanti," katanya.

Khairy berkata, beliau yakin FitMalaysia yang dilancarkan  pertama kali di Kuala Lumpur pada Ahad mampu mencapai sasaran 50,000 penyertaan.

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , FitMalaysia

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan