Ambil Tindakan Mereka Menguar-Uarkan Sabah Keluar Dari Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 6:32 PM

Abdul Rahman Dahlan.

(Ubah saiz teks)

JELEBU: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang menguar-uarkan soal Sabah keluar dari Malaysia yang berupa hasutan.

Beliau mendakwa pihak yang menguar-uarkan provokasi itu terdiri daripada kalangan mereka yang pernah kalah teruk dalam pilihan raya dan beberapa daripada mereka berada di luar negara.

"Pada saya itu (ditolak rakyat dalam pilihan raya) adalah satu isyarat yang cukup kuat daripada rakyat Sabah yang menolak politik yang ingin memecah-belahkan negara ini.

"Kalau pun ada masalah dari segi persekutuan dan juga kerajaan negeri, kita boleh berbincang. Bukan menguar-uarkan dan memanaskan hati rakyat, menghasut rakyat untuk berfikiran yang bukan-bukan...ini tidak boleh diterima," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Jelebu di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas provokasi pihak tidak bertanggungjawab untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia yang tersebar menerusi laman sosial baru-baru ini.

"Saya minta pihak polis menyiasat perkara ini, terutama mereka yang menghasut daripada luar negara ini...ini adalah soal yang berbahaya," katanya.

Abdul Rahman yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata Sabah dan Sarawak turut mencatat sejarah tersendiri apabila ketika ini 13 anggota Parlimen dari kedua-dua negeri dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet persekutuan.

"Jangan anggap kami kayu-kayu tunggul sahaja. Kami (dalam Kabinet) melihat kepentingan negeri Sabah dan Sarawak. Jangan cakap lepas sahaja menyatakan kerajaan persekutuan itu zalim kepada rakyat Sabah. Saya adalah sebahagian kerajaan persekutuan, saya tidak zalim dan saya tahu ada perkara-perkara yang kita perjuangkan, tetapi kita perjuangkan dengan cara yang berhemah.

"Bukan cakap kosong memesongkan sejarah, memutar-belitkan fakta sejarah tahun 1963 berdasarkan pengamatan tahun 2014. Mana boleh kita mahu menilai sejarah pada tahun 1963 berdasarkan kaca mata tahun 2014," katanya.

Ketika berucap pada majlis itu, Abdul Rahman berkata pemimpin Umno perlu mempunyai mempunyai kebolehan dan kepakaran dalam bidang  berpidato dan berbahas berdasarkan fakta.

"Saya tengok perkara itu semakin luntur dalam Umno...walaupun saya yakin Pergerakan Pemuda Umno di bawah kepimpinan ketuanya Khairy Jamaluddin sedang membina kekuatan tersebut. Perkara ini mesti diberi keutamaan sebab sejarah menunjukkan bahawa Umno dapat mengalahkan Malayan Union hanya dengan berpidato," katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan