Regatta Sarawak Pupuk Perpaduan Kaum

Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 1:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Regatta Sarawak berperanan menjadi antara temasya unggul dalam memperkenalkan Sarawak yang penduduknya terdiri daripada pelbagai suku kaum dan mengamalkan pelbagai budaya tetapi dapat hidup dengan harmoni dan aman damai, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata temasya yang diperkenalkan sejak era pemerintah Rajah Brooke pada tahun 1872 itu akan diteruskan sebagai acara tahunan sebagai mengekalkan keaslian budaya yang masih diwarisi oleh masyarakat Sarawak sehingga ke hari ini.

"Ia pasti menjadi tarikan utama kepada pelancong tentang keunikan yang masih ada di negeri Sarawak, di samping mereka menghayati keindahan fenomena yang terdapat di sepanjang Sungai Sarawak," kata Adenan ketika berucap merasmikan Regatta Sarawak 2014 di sini, Sabtu.

Beliau berkata keistimewaan, keunikan dan kesatuan dalam kepelbagaian warisan dan budaya yang ditonjolkan sempena Regatta Sarawak telah berjaya menarik lebih ramai kehadiran pelancong ke negeri ini setiap tahun.

Katanya, di samping perlumbaan perahu panjang dan lumba perahu naga antarabangsa, temasya itu turut dimeriahkan dengan pameran, jualan dan menjadi titik pertemuan pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negeri ini.

"Ia telah mengetengah kepelbagaian budaya masyarakat di negeri Sarawak yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan seterusnya mewujudkan semangat perpaduan, toleransi dan muhibah," kayanya.

Adenan berkata, matlamat asal Regatta Sarawak ketika diperkenalkan oleh pemerintah Rajah Brooke pada tahun 1872 adalah untuk memupuk semangat setia kawan dan menghentikan pembunuhan antara suku kaum di negeri ini ketika itu.

Acara pelumbaan perahu naga antarabangsa yang bermula hari ini disertai 20 pasukan termasuk 10 pasukan luar negara, iaitu Dragon Hunters Newscastle dari Australia, Canadaian Dragons (Kanada), Hong Kong Freedom (Hong Kong), University of Macau, Brunei Darussalam, Kementerian Pembangunan Negara Singapura, Polytechnic Singapore, Filipino Dragons, De La Salle University Dragon Boat Team dan Bugsay Boracay dari Filipina, Nonthaburi Municipality (Thailand), Chinese Taipei dan PODSI (Indonesia).

Enam pasukan dari Malaysia ialah Sabah Tanjung Papat dari Sandakan, Pink Challengers (Putrajaya), Penang Municipal Park Rowing Club (Pulau Pinang), JB Speed (Kedah), Federation of Kuching and Samarahan Divisions Chinese Associations dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Turut diadakan acara renang Brooke yang dijuarai oleh bekas perenang negara ke Sukan SEA 1991 dan 1995) Teo Ah Hwa, sementara juara tahun lalu Ho Chai Hee di tempat kedua dan tempat ketiga menjadi milik Azahari Azman.


Tags / Kata Kunci: Regatta , Sarawak

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan