Puisi Kemerdekaan Bangkitkan Semangat Patriotik

Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 10:39 AM

Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada Puisi Merdeka 2014 di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Puisi kemerdekaan perlu dimartabat agar menjadi medan kebangkitan semangat patriotik kepada generasi muda dalam menghayati erti kemerdekaan.

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata program puisi merdeka antara platform yang boleh diguna bagi memperluas pembabitan rakyat pelbagai kaum dalam menyampaikan serta menunjukkan semangat patriotik mereka.

"Program seperti Malam Puisi Merdeka 2014 ini perlu diperluas bagi membabitkan semua kaum dalam mengetengahkan suara mereka melalui pembacaan puisi dan syair tentang erti kemerdekaan dan semangat cintakan negara.

"Saya berharap program seperti ini diperluas di serata negeri bagi memartabatkan tradisi kita melalui puisi dan sajak kemerdekaan serta membangkitkan semangat cintakan negara yang berkesan untuk mendidik generasi muda," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Puisi Merdeka 2014 di Istana Budaya pada Jumaat malam yang turut dihadiri Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Datuk Zulkefli Salleh, Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez dan Pengerusi Yayasan Warisan Negara Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Program bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-57 negara itu bertujuan mewujudkan semangat kecintaan patriotisme yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

Kumpulan Okestra Budi memulakan persembahan dengan lagu tema kemerdekaan tahun ini iaitu 'Warisan'.

Ini diikuti deklamasi sajak 'Malaysia Merdeka' oleh penerima Anugerah SEA Write 2005 A.Ghafar Ibrahim, yang mengisahkan perjuangan pemimpin negara mengorak langkah untuk mencapai kemerdekaan.

Dalam pada itu, juara Malam Sayembara Puisi Kemerdekaan 2014 dimenangi Amran Ibrahim Rashidi, 33, menerusi puisi bertajuk 'Pahlawan Tanah Merdeka' karya Hassan Baseri Budiman.


Tags / Kata Kunci: Merdeka , Kita Malaysia

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan