PM Australia Berlepas Pulang Selepas Lawatan Sehari Ke Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 11:38 PM

Tony Abbot berangkat pulang selepas menamatkan lawatan sehari ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, malam Sabtu. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berlepas pulang hari ini selepas melakukan lawatan rasmi sehari ke Malaysia.

Abbott dan delegasi berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kira-kira 10.05 malam.

Turut berada di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Ini merupakan lawatan pertama Abbott ke Malaysia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Australia pada 18 September tahun lepas dan lawatan tersebut dijangka memperkukuhkan lagi hubungan mesra antara kedua-dua negara. 

Awal Sabtu, Abbott dan rakan sejawatannya Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan empat mata dan mesyuarat tertutup delegasi bagi membincangkan kerjasama sedia ada dan perkara-perkara kepentingan bersama kedua-dua negara.

Pada sidang media bersama, Abbott mengulangi komitmennya untuk membantu Malaysia dalam misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dan mereka yang bertanggungjawab terhadap insiden penembakan pesawat MAS penerbangan MH17.

Malaysia dan Australia masing-masing komited untuk menyumbang AUD60 juta (RM180 juta) dalam usaha mencari pesawat MH370 yang penerbangannya dipercayai

telah berakhir di selatan Lautan Hindi pada 8 Mac lepas.
Tags / Kata Kunci: Tony Abbott , MH370 , MH17

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan