PAS Umum Calon PRK Pengkalan Kubor 11 September

Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 10:45 AM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Walaupun masih belum dimuktamadkan, PAS pada Jumaat malam mula mencanangkan kepada pengundi di Pengkalan Kubor bahawa parti itu bakal meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan pada 25 Sept ini.

Sebelum majlis ceramah dimulakan, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu merasmikan Markas Besar PRK PAS di sini. Turut hadir Anggota Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar dan Anggota DUN Kelaboran Mohd Zaki Ibrahim.

Malah Mohamad ketika ditemui selepas itu berkata parti akan mengumumkan calon mereka yang bakal bertanding di DUN itu pada 11 Sept iaitu sehari selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya.

Beliau bagaimanapun berkata PAS akan mengadakan rundingan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memuktamadkan parti manakah yang bakal bertanding pada PRK DUN itu.

"Apa sahaja keputusan nanti kita terima walaupun PAS memang berhasrat bertanding di DUN ini," katanya dan menambah parti itu akan akur keputusan pucuk pimpinan pakatan pembangkang nanti.

Ketika berceramah, Kamaruddin yang merupakan Yang Dipertua PAS Bahagian Tumpat mendakwa PAS mendapat sokongan akar umbi yang mahukan parti itu bertanding bagi menggantikan PKR yang sebelum ini beberapa kali kalah di tangan BN pada beberapa pilihan raya umum yang lalu.

Beliau berkata PAS perlu mengambil semula DUN berkenaan bagi melengkapkan kemenangan di semua empat DUN dalam kawasan Parlimen Tumpat.

Selain DUN Pengkalan Kubor, tiga lagi DUN dalam Parlimen itu ialah Pasir Pekan yang diwakili Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Wakaf Baharu (Exco PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi) dan Kelaboran (Mohd Zaki).

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 Sept ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 Sept.


Tags / Kata Kunci: PAS , Pengkalan Kubor

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan