Presiden PAS Punyai Kuasa Cadangkan Nama Calon MB - Hadi

Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 7:32 PM

Abdul Hadi Awang.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS mempunyai kuasa budi bicara untuk mencadangkan nama calon menteri besar daripada parti itu tanpa perlu merujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

Perkara itu termaktub dalam perlembagaan parti, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya mengikut perlembagaan parti, presiden ada hak membuat keputusan dalam beberapa perkara berkaitan parti dan timbalan presiden, naib-naib presiden dan anggota perlu mendukung keputusan dibuat oleh presiden.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang pemimpin tertinggi parti yang didakwa mempertikaikan keputusan Majlis Syura menghantar tiga nama kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan bagi jawatan menteri besar yang ditandatangani Abdul Hadi tanpa merujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

Pemimpin berkenaan perlu merujuk semula perlembagaan PAS, kata Abdul Hadi kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pelaksanaan Syariah Islam di sini, Sabtu.

Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan ketiga-tiga parti pakatan pembangkang di Selangor menghantar lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Itu amalan parti (PAS) sejak (memerintah) tahun 1959. Bermula tahun 59 itu, saya ikut sampailah memerintah 1964, 1969, 1974, 1978 (di Terengganu dan Kelantan. (Nama calon dicadangkan untuk dilantik menteri besar tidak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat)," kata Abdul Hadi.

Berhubung spekulasi penubuhan parti 'serpihan PAS' dikenali Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang dikhuatiri akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan anggota PAS, beliau menyifatkan itu perkara biasa dan amalan sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

"Itu adalah amalan negara demokrasi, terpulang kepada Pendaftar Pertubuhan sama ada nak terima pendaftaran Pasma, biasalah dalam negara demokrasi ini ada banyak parti politik," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan