Wartawan Portal Online Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 11:33 AM

Laporan yang ditulis oleh Susan Loone.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Wartawan Malaysiakini, Susan Loone dibebaskan kira-kira pukul 11.45 malam Khamis selepas disoal siat selama sembilan jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini.

Loone dihubungi kira-kira pukul 3 petang untuk membantu siasatan berhubung laporan yang memetik Komander Pasukan Peronda Sukarela (PPS), Phee Boon Poh sebagai berkata, beliau dilayan seperti penjenayah semasa disoal siasat, empat hari lalu.

Dia dibebaskan dengan jaminan polis dan perlu melaporkan diri semula pada 3 Oktober.

Loone berkata, dia dilayan dengan baik oleh polis sepanjang proses tersebut.

"Saya gembira dibebaskan dan dapat bersama menyambut hari lahir ibu saya yang ke-80 pada 8 September ini," katanya kepada pemberita selepas dibebaskan.
Tags / Kata Kunci: Susan Loone , Malaysiakini , PPS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan