Umno Bahagian Mahu Akta Hasutan Kekal, ISA Dikembalikan

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 8:59 PM

Datuk Seri Shahidan Kassim

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Majoriti Umno Bahagian di seluruh negara meminta kerajaan mengekalkan Akta Hasutan selain mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata hasil tinjauan Umno pusat ketika ini, sehingga semalam 161 daripada 191 Umno bahagian telah menyuarakan perkara itu.

"Kita telah membuat tinjauan ini terhadap ketua-ketua Umno Bahagian di seluruh negara dan mereka mahu Akta Hasutan ini dikekalkan selain ISA di kembalikan.

"Jumlah ini dijangka terus meningkat daripada Umno Bahagian yang lain," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, Jumaat.

Shahidan berkata selain itu terdapat juga cadangan agar Akta Hasutan dipinda bagi memastikan hukuman yang lebih berat dikenakan.

Sementara itu ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bachok, Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata tindakan tegas perlu dikenakan termasuk terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terus mempertahankan Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

"Tindakan tegas perlu dikenakan kerana PPS tidak mematuhi bidang kuasa keselamatan negeri yang terletak di bawah Kerajaan Persekutuan," katanya.

Ahad lepas polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
Tags / Kata Kunci: ISA , Akta Hasutan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan