Tempoh Sukar Buat Negara Tahun Ini - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 1:07 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tahun ini akan dikenang sebagai tempoh sukar buat negara ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan tragedi pesawat MH17.

Katanya pada waktu negara berduka dengan kedua-dua tragedi itu, seluruh rakyat Malaysia, terus bersatu padu.

"Sama seperti semua rakyat Malaysia, saya juga bersedih atas kehilangan pesawat MH370 dan MH17, dan saya turut sama berdoa untuk mangsa-mangsa dan keluarga mereka, yang akan kekal dalam ingatan saya," katanya menerusi tulisan terbaharunya bertajuk 'Satu Perjalanan Yang Penuh Makna' dalam blog najibrazak.com pada Jumaat.

Beliau berkata sejak kemerdekaan lagi, rakyat Malaysia telah bersatu padu dan bekerjasama ke arah impian yang dikongsi bersama iaitu untuk memperbaiki kualiti kehidupan dan membangunkan negara.

"Saya percaya, kita boleh terus berjaya mencapai impian yang dikejar bersama selagi kita bersatu-padu, berpandukan nilai-nilai dan kepercayaan yang dikongsi bersama. Saya telah memberikan nama kepada perpaduan dan solidariti ini: r1Malaysia," katanya.

Perdana menteri berkata sejak lima tahun yang lepas, kerajaan berusaha gigih untuk memastikan semangat 1Malaysia dipupuk ke dalam dasar-dasar, yakni seimbang, bertanggungjawab dan merangkumi keperluan setiap rakyat.

Namun, katanya, usaha mendukung konsep 1Malaysia bukanlah terletak atas bahu kerajaan semata-mata, sebaliknya juga menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia.

Najib berkata banyak pengalaman yang ditelah lalui sejak penulisan blognya yang pertama pada 19 September 2008 dan perjalanan itu sehingga kini cukup bermakna.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau terharu dengan maklum balas, dorongan malahan kritikan membina tentang pelbagai isu yang diutarakan oleh rakyat menerusi laman web dan juga platform media sosialnya.

"Saya dapat mendengar suara rakyat Malaysia yang membentuk sebuah komuniti maya yang aktif, dan juga berpeluang untuk berhubung dengan saudara dan saudari secara terus dalam pelbagai isu yang melibatkan pembangunan negara.

"Marilah kita teruskan perjalanan ini, dan untuk tujuan ini, saya telah mengemaskini laman web peribadi saya," katanya.
Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Mh370 , MH17

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan