'PAS Baharu' Mungkin Wujud Jika PAS Keluar Pakatan Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 4:34 PM

Khalid Samad menafikan menjadi sebahagian daripada kumpulan PasMa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mungkin akan menjadi 'PAS baharu' jika pimpinan semasa parti membuat keputusan untuk keluar daripada PKR dan DAP. 

Badan itu ditubuhkan oleh ahli-ahli PAS yang dikatakan sejajar dengan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau dikenali sebagai puak Anwaristas.

Kumpulan itu dilaporkan bersedia untuk menyokong PKR dan DAP untuk memastikan Pakatan Rakyat utuh, berikutan percanggahan pendapat PAS dengan sekutu mereka berhubung siapa yang patut dinamakan sebagai menteri besar Selangor yang baharu. 

PKR dan DAP telah bersetuju untuk hanya mengemukakan nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah ke istana, tetapi PAS bertegas mencalonkan tiga nama yang tersendiri.

Mereka juga bimbang PAS boleh membentuk kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional, satu hasrat yang telah disampaikan pada masa lalu oleh beberapa tokoh-tokoh parti.

Senarai pemegang jawatan PasMa untuk 2014-2016 tersebar melalui media sosial pada Jumaat, dengan nama-nama pemimpin PAS yang menonjol disenaraikan sebagai memegang jawatan tertinggi pergerakan itu.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, yang telah dinamakan sebagai salah seorang naib presiden PasMa, bagaimanapun menafikan menjadi sebahagian daripada kumpulan itu. 

"Saya bukan seorang pemegang jawatan. Ia adalah senarai yang salah, yang dilakukan oleh kumpulan dalam PAS yang cuba untuk menjatuhkan kami," Khalid mendakwa, sambil menambah beliau tidak mengetahui tentang agenda PasMa.

Kumpulan itu telah didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan di Kedah pada 11 Ogos dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi sebagai presiden.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi tidak bersetuju dengan pembentukan PasMa dengan berkata ia bukan cara untuk menyelesaikan isu-isu dalaman parti.


"Saya tidak melihat kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dalaman parti dengan membentuk badan yang berasingan atau 'PAS baharu'.

"Ia adalah satu langkah yang terdesak dan akan meningkatkan kekeliruan di kalangan ahli-ahli parti. Ini sudah tentu akan membawa kepada perpecahan yang besar dalam parti," katanya dalam satu posting Facebook.

Sehingga kini, PasMa dikatakan mempunyai lebih daripada 100 ahli yang dilaporkan mengadakan pertemuan pada 31 Ogos di Kelantan untuk membincangkan strategi untuk mendapatkan lebih banyak sokongan di seluruh negara.
Tags / Kata Kunci: PasMa , Khalid Samad

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan