MH370: 'Bahagian Keras' Yang Ditemui Berkemungkinan Besar Ciri Geologi

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 9:37 PM

Gambar tidak bertarikh yang disediakan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) pada 4 September 2014 menunjukkan model tiga dimensi dasar laut muka bumi di selatan Lautan Hindi berdasarkan pra-data sedia ada.

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia yang mengetuai carian pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada Jumaat berkata 'bahagian keras' telah ditemui di dasar laut Lautan Hindi, tetapi bermungkinan besar ia adalah ciri-ciri geologi.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berkata carian sonar telah menyediakan maklumat kedalaman air dan komposisi dasar laut di zon carian.

"Sonar 'multibeam' boleh mengenal pasti darjah kekerasan, walaupun ia tidak dapat membezakan antara (sebagai contoh) logam keras pesawat dan batu keras di dasar laut," kata seorang jurucakap ATSB.

"Sebahagian besar bahagian-bahagian keras yang ditemui dilihat bermungkinan besar adalah ciri-ciri geologi yang bertentangan dengan objek buatan manusia."

Pakar-pakar sedang menjalankan kajian sonar di sebuah bahagian terpencil di selatan Lautan Hindi, kawasan yang sebelum ini tidak pernah diterokai secara terperinci, sebagai persediaan untuk carian dalam air untuk kapal terbang yang hilang pada 8 Mac dengan 239 orang di atas pesawat.

Penerbangan MH370 hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam selepas berlepas.

ATSB berkata dengan mengenal pasti objek keras, pakar-pakar telah 'memberitahu di mana siasatan lebih dekat mungkin diperlukan semasa carian laut dalam'.

Pesawat itu dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi jauh di luar pantai barat Australia selepas pertukaran arah yang menjadi misteri, tetapi carian udara dan air telah gagal untuk menemui sebarang bangkai.

Tags / Kata Kunci: MH370 , ATSB , sonar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan