Tak Perlu Haram Atau Larang 'Loom Band' - Kementerian Kesihatan

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 10:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk mengharamkan atau mengenakan larangan terhadap penggunaan gelang getah atau 'Loom Band' selepas timbul isu phthalates iaitu bahan kimia karsinogenik dikesan dalam produk tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata getah aneka warna ditenun menjadi gelang itu bukan dianggap sebagai produk mainan tetapi dipasarkan sebagai aksesori hiasan untuk kanak-kanak yang lebih tua dan golongan muda.

"Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan supaya tidak memberi atau menjauhkan gelang getah itu daripada kanak-kanak berusia bawah empat tahun atas faktor keselamatan dan kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Dr Noor Hisham berkata menurut Skim Penilaian dan Notifikasi Bahan Kimia Industri Kebangsaan Australia, kanak-kanak berusia sehingga 36 bulan menghadapi risiko kesihatan sekiranya mengunyah atau mengisap bahan plastik yang mengandungi phthalates.

Oleh itu, katanya, kanak-kanak yang lebih tua dan golongan muda tidak menghadapi risiko tersebut.

Phthalates, bahan kimia yang mempunyai keupayaan mengganggu hormon, digunakan terutamanya untuk meningkatkan fleksibiliti dan meningkatkan pelbagai ciri-ciri lain plastik.

Ahad lepas, peruncit barangan mainan kanak-kanak terbesar di Britain, 'The Entertainer', telah menarik balik semua produk 'Loom Band' dari 92 kedainya di seluruh negara itu selepas sebuah program televisyen mendedahkan gelang getah itu mengandungi 40 peratus phthalates.
Tags / Kata Kunci: Loom band , gelang getah , phthalates

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan