Kemelut MB Selangor Terus Temui Jalan Buntu

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 7:10 AM

Dua remaja berjalan melalui kain rentang yang tertera perkataan'Daulat Tuanku' di Kampung Jawa, Klang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tarikh untuk menghantar nama calon Menteri Besar Selangor sudah berakhir tetapi kemelut tersebut terus menemui jalan buntu kerana sehingga kini masih tiada jawapan berhubung siapa yang akan mengisi kerusi panas tersebut.

Merumitkan lagi keadaan, difahamkan PAS telah menghantar senarai calon dengan tiga nama kepada Sultan Selangor - kesemuanya terdiri daripada pemimpin PAS sekali gus mengetepikan nama Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presidennya, Azmin Ali.

Difahamkan, senarai nama tersebut telah diserahkan ke Istana oleh seorang pembantu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan presiden parti itu telah menghantar tiga nama kepada Sultan Selangor pada Rabu lalu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat oleh PKR.

Mustafa berkata, beliau dimaklumkan bahawa senarai nama tersebut terdiri daripada dua calon PKR (Wan Azizah dan Azmin) dan seorang daripada PAS.

Namun, beliau mengakui tidak melihat isi kandungan surat tersebut.

"Saya tidak melihat surat itu. Saya diberitahu bahawa presiden menyenaraikan dua nama daripada PKR dan seorang daripada PAS," katanya.

Mustafa berkata, Hadi memasukkan nama ketiga bagi menghormati titah Sultan yang mencadangkan setiap parti Pakatan Rakyat menyenaraikan lebih daripada dua nama.

Namun, sumber berkata, ketiga-tiga nama yang dihantar oleh Abdul Hadi adalah dari kalangan pemimpin PAS.

Sumber mendakwa, nama-nama tersebut adalah exco kerajaan negeri Selangor iaitu Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi and Ahmad Yunus.

Mustafa menguatkan lagi dakwaan itu dengan berkata;"Kami bukan saja menyenarai pendek ahli exco. Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor layak untuk jawatan tersebut kecuali Adun Hulu Kelang dan Morib (Saari Sungib and Hasnul Baharuddin).”

Kedua-dua Adun itu didapati melanggar disiplin parti kerana menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan Menteri Besar.

Beberapa pemimpin PAS kesal dengan tindakan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaksa mereka untuk bersetuju menamakan isterinya sebagai calon tunggal bagi jawatan tersebut.

"Kami tidak tahu permainan yang cuba dilakukan Anwar. Anwar tidak harus mencabar konvensyen dengan memaksa Sultan menerima isterinya sebagai calon tunggal untuk jawatan itu," kata seorang pemimpin parti yang enggan namanya didedahkan.

Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu bersetuju menamakan Wan Azizah dan Azmin untuk menggantikan Khalid.

Namun, Istana meminta PKR, DAP dan PAS untuk menghantar lebih daripada dua nama selepas Khalid menyerahkan surat peletakan jawatannya bulan lalu.

Malah Sultan turut menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Difahamkan Istana tidak berminat untuk melantik seorang calon Menteri Besar umpama boneka yang dikawal oleh orang lain.

Tags / Kata Kunci: PAS , PKR , Menteri Besar , Abdul Hadi Awang , Mustafa Ali

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan