Keluar Dari Malaysia Tidak Jamin Keselamatan Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 10:33 PM

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Membawa Sabah keluar dari Malaysia tidak memberi jaminan bahawa negeri itu akan stabil dari aspek keselamatannya, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata ini kerana kerajaan seringkali berdepan dengan pelbagai masalah untuk melindungi Sabah daripada ancaman pihak luar yang juga ingin menuntut negeri itu. 

"Nak bebaskan bukan satu kerja yang mudah, selatan Filipina pun mereka menuntut dan menyatakan Sabah sebahagian dari negara itu. Abu Sayyaf culik rakyat kita...kita pun berdepan dengan pelbagai masalah.

"Bayangkan kalau itu (bawa Sabah keluar dari Malaysia) berlaku adakah jaminan bahawa Sabah akan stabil dan keselamatannya terjamin," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi September 2014 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas provokasi pihak tidak bertanggungjawab untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia yang tersebar menerusi laman sosial baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata, selepas negara mencapai kemerdekaan banyak manfaat dinikmati rakyat termasuk di Sabah berbanding rakyat di kebanyakan negara lain yang telah lama mencapai kemerdekaan.

Mengenai dakwaan pihak pembangkang bahawa isu itu timbul disebabkan pembangunan di kawasan pedalaman Sabah yang agak terbelakang berbanding di negeri lain, Mohd Shafie berkata walaupun masih terdapat kekurangan dari segi pembangunan di kawasan terbabit tetapi ia bukan menjadi alasan untuk rakyat Sabah keluar dari negara ini. 

Malah, beliau berkata sekiranya rakyat berpendapat kerajaan tidak melakukan yang terbaik mereka boleh menzahirkan ketidakpuasan hati itu melalui proses pilihan raya. 

"Apapun kita perlu pastikan supaya dalam kita mentadbir negara masyarakat perlu difahamkan tentang kesan perkara yang disebarkan. Mungkin hari ini mereka tidak terikut (tentang hasutan keluar Malaysia) tapi kalau setiap hari disogokkan dengan perkara seperti ini ia akan mendorong kepada perkara yang tidak sepatutnya.

Yang membimbangkan kita tindakan yang boleh akibatkan keadaan kacau bilau di negara ini kerana kita harus faham negara ini terdiri daripada rakyat pelbagai kaum," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan