KDN Nafi Wujud Unit Risikan, Kad Kuasa Perisik

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 3:30 PM

Alwi Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan wujud 'unit risikan khas bahagian keselamatan negara' di kementerian itu yang memberi kuasa kepada anggotanya menjalankan aktiviti penguatkuasaan atau mengutip wang.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN, Datuk Alwi Ibrahim berkata pegawai dan kakitangan KDN juga tidak dibekalkan 'kad kuasa perisik' sebaliknya mereka hanya menggunakan kad rasmi sebagai tanda pengenalan yang dikeluarkan Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia.

"Terdapat kes seorang lelaki telah menunjukkan kad kuasa perisik kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan awal pagi Sabtu lepas," katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Menurutnya lelaki berkenaan telah menunjukkan kad yang tertera jawatan 'Perisik KDN' dan mendakwa memperoleh kad itu daripada KDN pada April lepas.

Susulan itu katanya, seorang kakitangan sebuah hotel di Melaka telah dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung pemilikan kad tersebut.

Alwi berkata kes yang serupa pernah dilaporkan berlaku pada tahun 2011 dan justeru itu KDN menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan pihak yang memperkenalkan diri mereka dengan menggunakan kad seperti itu.

Mereka yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu diminta agar membuat laporan polis, katanya.
Tags / Kata Kunci: KDN , Alwi Ibrahim

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan