Belia Jangan Jadi Macai - KJ

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 3:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para belia termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) diingat agar jangan menjadi 'pak turut' atau 'macai' kepada pihak yang mengkriik atau memburukkan pihak lain.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata trend berkenaan kini semakin menular dan agak merisaukan apabila belia disogok dengan pelbagai maklumat tanpa mereka memeriksa kesahihannya terlebih dahulu.

"Belia terutama pelajar IPT kini menelan bulat-bulat apa yang mereka dengar tanpa usul periksa.

"Pesanan saya kepada mereka ialah buat kajian dan periksa sesuatu perkara sebelum mereka menghentam atau buat sebarang keputusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dekat sini, Jumaat.

Beliau berkata belia atau mahasiswa sepatutnya menjadi pemimpin dalam memperjuangkan isu-isu berpaksikan fakta demi kepentingan masa depan mereka dan bukan menjadi pengikut kepada telunjuk golongan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak pasti.

Dalam ucapannya, Khairy menasihati belia agar menanam semangat patriotisme yang tinggi bagi mewujudkan sebuah negara yang lebih baik.

"Patriotisme bukan setakat mengibarkan bendera atau menyanyi lagu Jalur Gemilang, tetapi menanam visi untuk meninggalkan sesuatu yang lebih baik untuk generasi akan datang," katanya.

Sambutan itu diraikan 1,800 pelajar dan warga UIAM serentak dengan Minggu 'Taaruf' sempena kemasukan pelajar baru sesi 2014.

Turut disampaikan ialah 'Anugerah Merdeka Award' dan 'Young Merdeka Award'.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Kuliyah Perubatan UIAM Kampus Kuantan, Prof Datuk Dr Ariff Osman dianugerahi Anugerah Merdeka Award.

Manakala dua pelajar Syed Saddiq Abdul Rahman dan Ameera Natasha Moore Azman James menerima anugerah Young Merdeka Award.

Tags / Kata Kunci: Belia , Macai

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan