Isu MB: Iskandar Tidak Tahu Dua Senarai Nama Dihantar

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 9:34 AM

Iskandar Samad.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad akan menghubungi kepimpinan parti bagi mendapatkan penjelasan berhubung laporan parti itu menghantar dua senarai nama berasingan untuk jawatan menteri besar ke Istana.

"Saya akan menghubungi pemimpin parti kerana ramai ahli bertanya kepada saya mengenainya dan saya perlukan penjelasan," kata Iskandar ketika ditemui di Bangunan SUK selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada Khamis.

Beliau turut menegaskan tidak mengetahui senarai nama ahli PAS yang dihantar untuk dipertimbangkan oleh Sultan.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenainya dan PAS Selangor tidak pernah dicadangkan untuk jawatan menteri besar," kata Iskandar.

Menurut sumber, dua senarai nama berasingan dihantar oleh PAS kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk dipertimbangkan.

Senarai pertama diputuskan kepimpinan PAS Pusat yang mengandungi nama Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali.

Senarai kedua yang didakwa dihantar oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengandungi nama tiga ahli exco daripada PAS iaitu, Iskandar, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Ketika ditanya sama ada beliau bersedia menggantikan kerusi Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan sekiranya beliau dilantik oleh Sultan, Iskandar berkata: "Saya tidak boleh komen kerana ia hanya akan menimbulkan spekulasi."

Sementara itu, Bendahari Agung, William Leong berkata sekiranya laporan bahawa PAS menghantar nama Adun dalam kalangan parti itu untuk dipertimbangkan Sultan terbukti benar, ia adalah perkara serius.

"Ia bertentangan dengan persefahaman dan perjanjian dalam Pakatan Rakyat. Pemimpin PKR perlu duduk dan berbincang mengenai nasib sekutunya dalam Pakatan Rakyat

Jika dakwaan itu benar, Leong berkata, orang ramai akan melihat dengan jelas niat sebenar PAS.

"PAS membuat pusingan U tetapi kini ia menunjukkan mereka berminat terhadap kerusi menteri besar," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan