Ayuh Bina Kecergasan Di FitMalaysia Pada Ahad

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 7:55 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Orang ramai dijemput hadir ke Majlis Pelancaran FitMalaysia di Dataran Merdeka pada Ahad dan menyertai aktiviti-aktiviti sukan dan kecerdasan yang dianjurkan.

Bakal dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, FitMalaysia menawarkan beberapa acara sukan utama yang boleh disertai orang awam iaitu larian, berbasikal, seni mempertahankan diri (di Self Defence Zone), kecergasan (di Fitness Zone) dan aktiviti ekstrim (di Extreme Zone).

Menariknya acara ini ialah tidak memerlukan peralatan tambahan, mudah dipelajari, efektif, boleh dilakukan bersendirian atau dalam kumpulan, tidak memakan masa dan tidak berkos tinggi.

Yuran pendaftaran juga tidak dikenakan, namun peserta digalakkan mendaftar awal atau di Dataran Merdeka pada Ahad untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

Bersesuaian dengan objektif program ini untuk mengajak semua lapisan masyarakat bersama-sama bersenam dan mempelajari kaedah-kaedah terkini untuk menjadi cergas dan kekal cergas, peserta juga berpeluang mengikuti pameran dan pemeriksaan kesihatan.

Sebagai contoh, peserta akan dapat mengetahui peratusan lemak badan, nasihat nutrien dan cara-cara untuk mengamalkan kehidupan yang cergas melalui satu seksyen yang dikendalikan oleh Institut Sukan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Acara di pentas utama juga bakal menarik perhatian pengunjung.

Bermula dengan majlis pelancaran yang dijadualkan berlangsung pukul 8.30 pagi, aktiviti seperti Les Mills Body Combat, cabutan bertuah, Zumba, tarian 'kerusi roda' dan sebagainya akan dijalankan sehingga ke petang.

Bagi yang berminat untuk menyertai acara larian dan kayuhan, aktiviti itu akan bermula pada pukul 7 pagi.

Acara ini dikatakan menjadi aktiviti yang ditunggu-tunggu kerana bukan sahaja pelepasannya dilakukan oleh Khairy, tetapi beliau juga akan berlari untuk kategori 5km.

Di Self Defence Zone, terdapat banyak aktiviti yang boleh dicuba dengan tunjuk ajar jurulatih atau anda dapat melihat persembahan oleh pakar.

Begitu juga di Extreme Zone, aktiviti Skateboard, In-Line Skating dan BMX akan dilangsungkan sepanjang hari.

Malah, anda boleh menonton aktiviti ini atau membawa peralatan anda untuk menyertai secara lansung!

Bagi yang gemarkan cabaran, anda boleh menyertai tiga aktiviti yang ditawarkan di Fitness Zone iaitu Reebok One Fitness Challenge, Cross-Training dan BootCamp.

Disebabkan aktiviti Reebok One Fitness Challenge merupakan program paling mencabar pada Ahad, mereka yang berminat dinasihatkan berada di tahap kecergasan yang memuaskan sebelum mendaftar.

FitMalaysia juga akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada 14 September dan Padang Awam Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, pada 21 September.


Tags / Kata Kunci: FitMalaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan