Akhbar Arab Saudi Nafi Laporan 'The Independent' Berkaitan Pemindahan Makam Rasulullah SAW

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 8:00 PM

Masjid Nabawi di Madinah di mana letaknya makam Nabi Muhammad SAW.

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Beberapa akhbar Arab Saudi menafikan laporan yang disiarkan akhbar Britain The Independent berhubung cadangan untuk memindahkan makam Nabi Muhammad SAW dari Masjid Nabawi di Madinah. 

Arab News melalui berita dalam talian www.arabnews.com melaporkan bahawa penjaga dan penyelia Masjid Nabawi menafikan sekeras-kerasnya laporan The Independent itu.

Berita itu memetik Ahmed Al-Mansouri, jurucakap media bagi penjaga dan penyelia Masjid Nabawi pada Khamis sebagai berkata: "Ini adalah pendapat peribadi seorang penyelidik, yang menyuarakan pandangannya dalam satu kajian, dan tidak menggambarkan pandangan penjaga dan penyelia masjid ini mahupun kerajaan negara ini."

Ahmed Al-Mansouri turut dipetik sebagai menggesa media dan penyelidik supaya mengelak daripada menyebar khabar angin yang menyentuh tempat suci yang penting.

Saudi Gazette dalam portal berita dalam talian www.saudigazette.com memetik Ahmed Al-Mansouri sebagai berkata penjaga dan penyelia Masjid Nabawi menegaskan laporan media berhubung makam Nabi Muhammad SAW dibuat berdasarkan pendapat peribadi seorang penyelidik semata-mata.

"Apa yang disebarkan dalam media tentang ruang yang menempatkan makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi mempunyai kaitan dengan kajian khas yang dijalankan oleh seorang penyelidik. Ia tidak mewakili sama ada pendapat penjaga dan penyelia masjid ini mahupun arahan daripada kerajaan, yang meletak kepentingan paling tinggi dalam mengekalkan kesucian masjid ini," katanya.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada laporan berita The Independent Isnin lepas berkaitan dakwaan cadangan untuk memindahkan makam Nabi Muhammad SAW.

Laporan itu dibuat berdasarkan kajian oleh ahli akademik Arab Saudi Ali Al-Shabal, yang dimuatkan dalam sebuah penerbitan yang disiarkan bagi pihak penjaga dan penyelia masjid itu.

"Penyelidik dan pelbagai sumber media tidak seharusnya melibatkan diri dalam penerbitan laporan yang mewujudkan kekeliruan dan mencetuskan hasutan. Laporan seharusnya dibuat berdasarkan kebijaksanaan, objektiviti, kebenaran dan tidak ditokok-tambah terutamanya dalam perkara berkaitan masjid yang suci," kata Ahmed Al-Mansouri yang dipetik Saudi Gazette.

Sementara itu Alarabiya dalam portal berita dalam talian alarabia.net memetik Timbalan Ketua Pengarang akhbar 'Makkah' Arab Saudi, Mowafaq al-Nowaysar dalam rencana khas akhbar itu pada Rabu yang menyebut bahawa akhbar berkenaan memuatkan artikel itu dalam edisi 25 Ogos dengan menyatakan terdapat gesaan supaya makam Rasullah SAW 'diasingkan', bukan dimusnahkan.

Beliau mendakwa The Independent memetik berita daripada akhbar itu dan tersilap menterjemahkannya.

Al Arabiya News turut memetik Omar al-Mudhwahi, wartawan Arab Saudi yang menulis laporan dalam akhbar Makkah bahawa beliau sedia memberi terjemahan tepat tentang kajian itu kepada The Independent.

"Saya pada mulanya menulis tentang cadangan itu selepas membaca satu kajian oleh ahli akademik Arab Saudi Dr Ali bin Abdulaziz al-Shabal dalam sebuah penerbitan yang disiarkan bagi pihak penjaga dan penyelia Masjid Nabawi," beliau dipetik oleh Al Arabiya.

Sementara itu Al Arabiya News melaporkan Timbalan Editor Pengurusan akhbar The Independent, Will Gore memaklumkan kepada mereka pada Rabu bahawa akhbar Britain itu tidak peka dengan laporan Makkah seminggu sebelum itu. 

"Maklumat bagi artikel kami dikemukakan untuk perhatian kami oleh ahli akademik Arab Saudi Dr Irfan al-Alawi, yang membaca sendiri hasil kerja Dr Ali bin Abdulaziz al-Shabal dan prihatin dengan kandungannya. Ia susulan daripada artikel The Independent sejak beberapa tahun kebelakangan ini berkaitan pendekatan pihak berkuasa Arab Saudi terhadap tapak bersejarah di Makkah dan Madinah," kata Gore.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan