Anggota Umno Jangan Berdiam Diri Bila Prinsip Perjuangan Dipersoal

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 9:02 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

TANGKAK: Anggota Umno diminta tidak hanya berdiam diri apabila perkara-perkara prinsip terhadap perjuangan parti seperti institusi Diraja, hak istimewa orang Melayu dan agama Islam dipersoal oleh pihak tertentu.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata anggota Umno perlu bangkit mempertahankan perkara-perkara terbabit dan tidak membiarkan pihak tertentu mempermainkannya bagi kepentingan politik.


"Anggota Umno tidak boleh hanya mendiamkan diri apabila perkara-perkara yang menjadi prinsip kepada perjuangan parti kita dipersoal. Kita mesti bangkit dan mempertahankannya," kata timbalan perdana menteri ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Ledang di sini Jumaat.

Beliau berkata usaha mempertahankan institusi Diraja, hak istimewa orang Melayu dan kesucian agama Islam daripada serangan pihak tertentu itu bagaimanapun mestilah berlandaskan kepada undang-undang dan perlembagaan negara.

Muhyiddin turut menafikan bahawa tindakan mempertahankan perkara-perkara prinsip terhadap perjuangan Umno itu oleh anggota parti adalah bersandarkan semata-mata atas kepentingan politik.

"Jangan takut untuk ke depan," kata Muhyiddin di hadapan kira-kira 1,000 anggota perwakilan daripada ketiga-tiga sayap Umno Bahagian Ledang.

Yang turut hadir pada majlis hari ini ialah Ketua Umno Bahagian Ledang Datuk Ir Hamim Samuri yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim yang juga Naib Ketua Pemuda Umno.

Muhyiddin menegaskan bahawa tindakan mempertahankan perkara-perkara prinsip dalam perjuangan Umno itu juga amat penting dalam memastikan perjuangan Umno kekal relevan pada mata orang Melayu pada masa hadapan malah jika boleh untuk selamanya.

Katanya anggota Umno perlu berani mempertahankan perjuangan mereka pada ketika pihak-pihak tertentu semakin berani mengungkit dan menimbulkan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti orang Melayu seperti isu yang membabitkan agama Islam, hak orang Melayu dan institusi Diraja.

Timbalan perdana menteri itu juga berkata usaha untuk memperkasakan ekonomi orang Melayu akan diperhebat bagi memastikan sasaran untuk mencapai 30 peratus ekuiti kekayaan negara bagi bangsa Melayu berjaya dicapai.

Katanya usaha memperkasakan ekonomi orang Melayu itu tidak perlu terbatas di peringkat sektor korporat, tetapi perlu lebih meluas termasuk yang melibatkan perusahaan kecil dan sederhana serta peniaga-peniaga kecil.
Tags / Kata Kunci: Umno , Tan Sri Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan