Agong Yakin Perkembangan Baik Hubungan Malaysia -China Bawa Kemajuan, Kemakmuran

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 11:52 PM

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat pada Majlis Makan Malam bersama Rakyat Malaysia di Beijing di China World Summit Wing, malam Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melahirkan keyakinan perkembangan baik hubungan dua hala Malaysia dan China akan membawa kemajuan dan kemakmuran yang mampan kepada rakyat dan negara dalam jangka panjang.

Seri Paduka turut menzahirkan rasa puas hati berhubung perkara itu.

"Berkat kerjasama dan semangat perpaduan dalam kalangan pemimpin dan rakyat, pelbagai perkara yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara telah diatasi.

"Ini telah membuktikan kematangan dasar luar negara sedia ada dan kesediaan kerajaan beta untuk mendengar serta memahami nadi rakyat demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara," titah baginda pada majlis santapan malam bersama rakyat Malaysia di sini malam Jumaat.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anakanda Seri Paduka, Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Syafinaz.

Hadir sama Duta Besar Malaysia ke China Datuk Iskandar Sarudin.

Seri Paduka turut bertitah agar semua rakyat sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara selain memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

"Laksanakanlah tugas dengan jujur, amanah, penuh dedikasi dan tanggungjawab, sebagai wakil Malaysia, tuan dan puan hendaklah menunjukkan contoh yang terbaik kepada masyarakat dunia dan sentiasa mengamalkan sifat-sifat terpuji terutama sepanjang berada di perantauan," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim turut berpesan kepada golongan pelajar dan ahli perniagaan agar menggunakan segala ruang serta peluang yang ada dengan bijaksana.

"Marilah kita bersama-sama berpadu tenaga melonjakkan negara ini menjadi negara maju berpendapatan tinggi dalam suasana aman, makmur dan sejahtera, segala cabaran dan rintangan pasti dapat diatasi," titah baginda.

Terdahulu, Iskandar dalam ucapan aluannya berkata lawatan Seri Paduka bukan sahaja membuka lembaran baharu kepada hubungan antara kedua-dua kerajaan malah melambangkan keakraban serta persahabatan yang kukuh di Malaysia dan China.

Santapan malam ini mengakhiri lawatan negara Seri Paduka berdua ke Beijing selama tiga hari, yang bermula Rabu lepas.
Lawatan Seri Paduka berdua adalah atas undangan Presiden China Xi Jinping selain membalas lawatan beliau ke Malaysia pada Oktober tahun lepas. 

Lawatan itu juga bersempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan China, yang bermula pada 31 Mei 1974. 

Pada Sabtu, Seri Paduka berdua akan berangkat ke Hangzhou bagi lawatan tiga hari di sana.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan